PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Lee Jae-myung atas pelantikannya sebagai Presiden Korea Selatan.
“Ini menandakan titik perubahan bagi Korea Selatan, sebuah negara yang muncul menerusi pertandingan sengit dan teliti, dengan daya tahan dan keazaman demokratik.
“Rakyat telah bersuara, mahukan pembaharuan kepercayaan, institusi, dan tujuan nasional,” katanya menerusi catatan di Facebook, hari ini.
Anwar berkata, beliau mengalu-alukan peluang untuk bekerjasama dengan Jae-myung bagi mengukuhkan persahabatan di antara kedua-dua buah negara.
Hubungan Malaysia-Korea Selatan telah ditingkatkan kepada Perkongsian Strategik pada November lepas, satu peristiwa penting yang mencerminkan cita-cita bersama kedua-dua negara.
Jae-myung secara rasmi memulakan penggal lima tahunnya hari ini selepas Suruhanjaya Pilihan Raya Kebangsaan (NEC) mengesahkan kemenangannya dalam pilihan raya semasa sesi pleno.
Calon Parti Demokratik (DP) liberal memenangi pilihan raya itu dengan 49.42 peratus undi, menewaskan saingan Kim Moon-soo dari People Power Party yang menerima 41.15 peratus undi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

