Fahmi ucap takziah kepada A.Samad Said atas pemergian isterinya, Salmi Manja

Dari Penulis

MENTERI Komunikasi, Fahmi Fadzil menzahirkan ucapan takziah kepada Sasterawan Negara, Datuk Seri Dr A.Samad Said atas pemergian isteri tercinta Datin Seri Saleha Abdul Rashid atau lebih dikenali sebagai Salmi Manja yang meninggal dunia semalam.

“Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Salam takziah buat Datuk Seri A.Samad Said sekeluarga di atas kehilangan isteri tercinta beliau.

“Allahyarhamah Hajah Saleha Rashid @ Salmi Manja, bekas wartawan dan penulis tersohor telah meninggal dunia semalam. Semoga seluruh keluarga Allahyarhamah tabah dengan ujian ini. Al-Fatihah,” katanya dalam hantaran di Facebook. 

Baca juga: Salah faham erti Zuhud menyebabkan kufur nikmat

Semalam Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan Allahyarhamah Saleha, 87, menghembuskan nafas terakhir kerana sakit tua di kediamannya di Subang Jaya pada tengah hari.

Allahyarhamah Saleha merupakan bekas wartawan, penyair dan novelis dalam kalangan pengarang wanita profesional generasi pertama di Malaysia, di samping merupakan ahli Angkatan Sasterawan ’50 (ASAS 50).

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This