KEMENTERIAN Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bersedia menggerakkan seramai 5,167 pegawai dan kakitangan pada bila-bila masa untuk membantu mangsa menghadapi bencana banjir di beberapa negeri ketika ini.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, pegawai dan kakitangan itu juga dibantu seramai 157 kaunselor dan 864 pasukan bantuan psikologi (PST) untuk menjaga kebajikan mangsa banjir.
Menurut beliau, seramai 8,543 sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga bersedia memberi bantuan untuk menambahkan kelancaran pengoperasian di pusat pemindahan sementara (PPS).
Beliau berkata, KPWKM melalui JKM telah diberi tanggungjawab untuk menyedia dan menyelenggara PPS; menyedia dan mengedarkan bantuan makanan, pakaian dan keperluan asas lain kepada mangsa.
Selain daripada itu, Noraini memaklumkan, JKM turut menjalankan pendaftaran mangsa bagi maksud pemulihan dan memberi bimbingan serta nasihat atau kaunseling kepada mangsa-mangsa bencana.
Baca artikel lain: Perdana Menteri ke Kelantan tinjau situasi banjir esok
“KPWKM menyeru orang ramai terutama yang berada di kawasan yang sering dilanda banjir untuk sentiasa bersiap sedia.
“Ikut arahan pihak berkuasa jika diarahkan berpindah bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Noraini memberitahu, sebanyak 8,481 PPS telah dikenal pasti di seluruh negara yang mampu menampung sebanyak 2.15 juta mangsa pada satu-satu masa.
Kata beliau, sebanyak 5,063 atau 60 peratus PPS tersebut merupakan premis sekolah manakala baki adalah terdiri daripada balai raya, masjid dan sebagainya.
“Secara keseluruhan, KPWKM mempunyai lapan buah depoh, 137 stor negeri/daerah; 60 mini depoh kontena dan 580 pangkalan hadapan JKM yang sentiasa siap siaga untuk menghadapi bencana banjir.
“Sebanyak 860 pembekal barangan keperluan asas dan 1,224 pembekal makanan berbungkus telah dilantik pada musim ini bagi memastikan bantuan keperluan asas dan makanan mangsa bencana dapat dibekalkan segera,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

