POLIS menjalankan siasatan berhubung kejadian kemalangan tular melibatkan sebuah motosikal jenis BMW S1000RR dengan Honda City di Kilometer 22 Lebuhraya Karak menghala Kuala Lumpur, 12.20 tengah malam tadi.
Video penuh klik link di bawah
https://t.me/infoutusantv/2693
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, kejadian berlaku ketika mangsa berusia 35 tahun menunggang motosikal dari arah Gohtong Jaya dekat Genting Highlands ke Kuala Lumpur.
Sampai di lokasi kejadian, beliau berkata, sebuah Honda City yang dipandu seorang lelaki berusia 23 tahun telah mengubah laluan dari lorong kanan ke lorong tengah secara tiba-tiba.
“Penunggang motosikal yang tidak sempat mengelak telah melanggar bahagian belakang sebelah kiri Honda City.
“Kedua-dua pihak telah berhenti di tepi jalan lalu berlaku pertengkaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Noor Ariffin memberitahu, penunggang motosikal dan pemandu Honda City itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kes disiasat di bawah Kaedah 6(1) LN 166/59.
Orang ramai yang melihat kejadian diminta menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Trafik Sarjan Sazila Yusuf di talian 013-308 3696.
Sebelum itu tular video memaparkan pertengkaran mulut melibatkan dua individu selepas terlibat dalam kemalangan.
Pemandu kereta dan penunggang motosikal dilihat bertikam lidah dan saling menyalahkan antara satu sama lain mengenai punca kemalangan.
Ibu bapa kepada pemandu terbabit juga cuba meredakan suasana tegang itu dengan meminta maaf kepada penunggang motosikal.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

