BEBERAPA stesen minyak yang mengalami kehabisan bekalan diesel dijangka menerima stok bahan api itu dalam tempoh 24 ke 48 jam akan datang.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali seperti dilaporkan BH Online, hari ini.
Menurut Armizan, isu mengenai kekurangan bekalan diesel itu sudah pun diselesaikan antara kementerian, Kementerian Kewangan dan Petronas Dagangan Berhad.
Beliau berkata, Petronas Dagangan Berhad akan menghantar bekalan tambahan kepada stesen yang terjejas dalam tempoh tersebut.
“Isu sudah diselesai dengan Petronas. Petronas akan menghantar bekalan paling cepat dalam tempoh 24 hingga 48 jam.
“Isu ini baharu sahaja diselesaikan hari ini, KPDN sudah berhubung dengan Petronas, malah saya sendiri bercakap dengan pengurusan Petronas,” katanya.
Baca artikel lain: Petronas akui beberapa stesen kehabisan bekalan diesel
Terdahulu, Petronas Dagangan Berhad mengakui beberapa stesennya di seluruh negara sedang menghadapi kehabisan bekalan diesel.
Dalam kenyataan ringkas, syarikat itu memaklumkan masalah tersebut dijangka berterusan sehingga Ahad, 31 Disember ini.
Sebelum ini, Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak tidak menerima sebarang makluman daripada pembekal diesel berhubung terputusnya bekalan bahan api berkenaan di stesen minyak milik Petronas di negeri tersebut.
Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen sebelum itu dilaporkan berkata, kekurangan bekalan diesel bersubsidi di negeri itu telah berlaku sejak dua minggu lepas.
Katanya kegiatan tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang menggunakan diesel bersubsidi untuk tujuan industri telah menyebabkan kuota untuk kegunaan orang ramai di negeri itu tidak mencukupi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

