2 maut pacuan empat roda bawa kelapa sawit jatuh tali air

Dari Penulis

DUA lelaki lemas selepas terperangkap dalam pacuan empat roda dinaiki mereka yang dipercayai tergelincir lalu jatuh dan terbalik ke dalam tali air dalam kejadian di Jalan Tali Air Kampung Pulau Pisang, Bota Kiri, Perak pagi ini.

Kejadian kira-kira 11.40 pagi itu mengakibatkan kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Perak Tengah Deputi Superintendan Mohd Uzir Ismail berkata kemalangan dipercayai berlaku semasa kenderaan jenis Toyota Hilux dipandu lelaki berumur 39 tahun bersama seorang penumpang berusia 25 tahun sedang dalam perjalanan membawa muatan kelapa sawit.

Katanya pacuan empat roda itu dalam perjalanan dari ladang kelapa sawit di Kampung Pulau Pisang dan hendak keluar ke Jalan Bota Kiri-Tanjung Belanja.

“Ketika melalui lokasi kejadian, kenderaan yang dinaiki kedua-dua mangsa dipercayai tergelincir lalu jatuh terbalik ke dalam tali air dan tenggelam separuh bahagian atas kereta.

“Dalam kemalangan ini kedua-dua mangsa dipercayai terperangkap di dalam kereta semasa tenggelam sebelum diselamatkan oleh pasukan bomba.

“Bagaimanapun kedua-dua mangsa disahkan maut di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Mohd Uzir berkata polis mendapati lokasi kejadian merupakan jalan lurus satu lorong dan sempit manakala jalan tidak berturap dan tidak berbatu.

Menurut beliau, kejadian berlaku semasa cuaca dalam keadaan baik namun lokasi kejadian tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV).

Katanya hasil bedah siasat mendapati punca kematian pemandu dan penumpang adalah kerana lemas akibat kemalangan kenderaan.

“Kes kemalangan ini masih dalam siasatan polis. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat trafik IPD Perak Tengah di talian 014-6790829 atau mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu terlibat kemalangan 2 kenderaan di Johor Bahru disahkan punya rekod rawatan psikiatrik

POLIS mengesahkan salah seorang pemandu kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru seperti tular di...

More Articles Like This