PEMUDA Pas menempelak tindakan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang cuba campur tangan dalam urusan berkaitan agama Islam di negeri itu.
Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, tindakan itu tidak mustahil bakal dijadikan alasan untuk beliau meminta perkara-perkara lain berkaitan undang-undang agama Islam juga.
“Hari ini dia minta pakar bukan Islam dalam Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-Undang Islam, selepas ini boleh jadi dia minta pakar bukan Islam dalam Majlis Fatwa pula.
“Tak mustahil tengok anak bulan nanti kena ada pakar daripada kalangan mereka juga.
“Itulah, setapak demi setapak. Lontar kenyataan dulu, tengok reaksi dan lama-kelamaan normalisasi,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Baca artikel lain: Jakim anjur Program Kerohanian Ambang Tahun Baharu 2024
Sebelum ini, kerajaan disaran melantik pakar daripada masyarakat bukan Islam untuk membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN Untuk Menggubal Undang-Undang Islam yang ditubuhkan pada awal bulan ini.
Koo Ham dipetik berkata, langkah itu bagi mengambil kira pandangan orang bukan Islam sebelum sebarang perubahan pada undang-undang dibuat.
Beliau juga mengingatkan Perlembagaan dibentuk dengan mengambil kira kepentingan semua golongan, maka sebarang perubahan yang memberi kesan kepada kaum dan agama mesti dibincangkan secara menyeluruh untuk mengelakkan konflik.
Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas dengan sinis memaklumkan, Setiausaha Agung daripada parti lain pula segera menafikan kenyataan terbabit bukan pendirian rasmi orang yang dimaksudkan.
“Setiausaha Agung satu parti yang lain cepat-cepat pula menafikan kenyataan itu bukan pendirian rasmi orang berkenaan.
“Ada pun parti itu sendiri tidak keluarkan apa-apa kenyataan penafian lagi, dia pula jadi ‘lidah rasmi’ untuk ‘control damage’,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

