Babak ‘soft porn’, Amir Ahnaf mohon maaf – “Saya tak tahu skrip macam mana…,”

Dari Penulis

PELAKON Amir Ahnaf memohon maaf serta mengambil iktibar atas kesilapannya melakonkan babak panas dalam drama Syurga Itu Bukan Mudah.

Menurut Amir atau nama penuhnya Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin,23, dia mengakui silapnya yang telah menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia dan sedia menerima kritikan daripada penonton susulan adegan ghairahnya itu.

“Saya faham isu ini menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia. Jadi saya ingin memohon maaf dan Insya-Allah saya akan memilih naskah yang bersesuaian pada masa akan datang.

“Saya sangat terbuka menerima sebarang kritikan mahu pun persepsi orang luar kerana masing-masing mempunyai sepasang mata dan telinga,” ujarnya.

Dalam pada itu, Amir turut memberitahu dia tidak mengetahui mengenai adegan itu sebelum menandatangani perjanjian dengan produksi drama tersebut.

“Saya tak tahu skrip dia macam mana. Skrip dapat dalam seminggu sebelum jadi apa yang saya cuma tahu hanya tajuk drama, perjalanan cerita dan pelakon, itu sahaja.

“Bila perkara itu tular, saya terima sahaja seadanya. Saya pun rasa berat hati untuk melakonkan watak itu tapi saya dah tanda tangan kontrak,” katanya ketika ditemui URTV di majlis tayangan perdana filem Pendekar Awang Darah Indera Gajah di Putrajaya, hari ini.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai respon keluarga, Amir berkongsi ibu bapanya telah memberi keizinan kepadanya selain menganggap itu sebahagian daripada kerja seninya.

“Saya dah tanya keluarga saya, dia okay. Mereka tahu ini kerja. 

“Untuk penjelasan, babak itu hanya ‘cheat shoot’ (teknik kamera),” katanya.

Terdahulu, tular babak di mana Amir, yang memainkan watak Farid dilihat meminta isterinya, Aileen lakonan Anna Jobling pulang ke rumah kerana mendakwa dirinya sibuk bekerja.

Dalam babak sama, penonton dikejutkan dengan kemunculan seorang wanita yang berada di bawah meja diikuti dengan adegan Amir yang bangun dari kerusinya dan membetulkan seluar dengan wajah yang ‘puas’.

Rata-rata netizen menyifatkan babak tersebut mempunyai unsur ‘soft porn’ malah tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak serta remaja.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This