Tanah Melayu ini mempunyai kesan daripada Arab dan Turkiye”- Penerbit Pendekar Awang Darah Indera Gajah jawab isu busana srikandi tak tonjol sejarah Melayu

Dari Penulis

TULAR baru-baru ini isu busana yang dipakai srikandi dalam filem Pendekar Awang Darah Indera Gajah yang dikatakan tidak memaparkan elemen budaya Melayu malah Arab.

Menjawab persoalan tersebut, Penerbit dan Pengarah Urusan Studio Kembara, Abdul Rahman Mt Dali ketika ditemui berkata, mereka sudah membuat kajian mengenai pakaian selain melihat dari segi logik dalam filem tersebut.

“Kami ada sedikit kajian dimana tanah Melayu ini mempunyai kesan daripada Arab dan Turkiye.

“Bagi saya tidak logik kalau orang perempuan pergi berperang pakai macam berkelumbung dan sebagainya.

“Tentulah dia akan menggunakan sesuatu ikatan yang kuat. Supaya dia boleh tutup muka dan sebagainya, jadi itu sangat logik bagi saya,” katanya kepada URTV ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Pendekar Awang Darah Indera Gajah di Putrajaya, hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Rahman percaya dengan kebijaksanaan serta kreativiti orang Melayu pada zaman itu dalam soal berpakaian ketika berperang.

“Saya berfikir kalau kita berperang ketika itu, orang Melayu yang kreatif dan bijak boleh sahaja berpakaian sedemikian.

“Kami turut ada gambar-gambar lama yang menunjukkan begitulah pakaian mereka yang turun berjuang,” jelasnya.

Sementara itu, filem yang menelan kos belanja sebanyak RM15 juta itu turut mengumumkan dua nama pengarah Saiful Reza Shukor dan Shaharudin Md Dali sekali gus menjawab kontroversi isu bekas pengarah yang digugurkan, Areel Abu Bakar.

Sebelum ini, kontroversi tercetus apabila Areel memaklumkan namanya digugurkan tanpa mengetahui punca sebenar selain tiada perbincangan secara terperinci antara Areel dan pihak produksi selepas perkhidmatannya ditamatkan.

Menurut Abdul Rahman, sepanjang Areel bertindak sebagai pengarah, hanya 35 peratus hasil kerjanya digunakan dalam filem yang merupakan sekuel kepada Mat Kilau itu.

“Visual yang disiapkan oleh Areel berdurasi lebih tiga hingga empat jam sebelum disunting. Daripada situ hanya 35 peratus sahaja digunakan.

“Sebahagian besar hasil akhir filem ini adalah hasil kerja Shaharudin dan Saiful Reza,” ujarnya.

Abdul Rahman bagaimanapun memberitahu pemilihan dua pengarah itu memenuhi aspek serta bidang tugas yang berlainan untuk memberikan hasil terbaik.

“Apabila melihat plot awal filem ini kami rasa ada yang perlu diperbaiki. Ada sudut yang mungkin boleh menjejaskan produk akhir filem ini.

“Bagi menyiapkan filem ini Shaharudin memberi tumpuan kepada pembangunan skrip dan jalan cerita, manakala Saiful Reza pula fokus kepada babak aksi dan koreografi,” katanya.

Terdahulu, naskhah tersebut mendapat pelbagai respon di laman X mengenai busana yang dipakai oleh watak srikandi dalam filem itu yang dikatakan tidak selari dengan latar masa yang dilakonkan.

Rata-rata netizen menyatakan pilihan busana tidak menepati sejarah Melayu malah mengangkat elemen dari budaya Arab.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This