Nadhir Nasar puas dapat buat ‘stunt’ sendiri, akui ibu risau keselamatan di set

Dari Penulis

PELAKON Nadhir Nasar akui banyak mendapat pesanan daripada ibunya sepanjang menjayakan watak Tahir dalam filem Pendekar Awang Darah Indera Gajah.

Menurut Nadhir atau nama penuhnya Ahmad Nadhir Ahmad Nasar berkata, ibunya amat risau akan keselamatan dirinya yang sering menggunakan senjata tajam dan berbahaya di dalam filem tersebut.

“Saya dapat banyak pesanan dari emak saya untuk bermain dengan senjata semua itu. Sebagai seorang berlakon saya kena sentiasa sedia untuk melakonkan watak yang diminta.

“Saya suka lakon watak saya tak pernah buat. Dengan latihan dan minat yang saya ada, itulah produk yang saya boleh bagi.

“Emak risau la saya ada main dengan badik kecil itu sebab saya selalu ambil gambar dan beritahu apa saya buat di set kepada emak,” ujarnya ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Pendekar Awang Darah Indera Gajah di Putrajaya, semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Fazura enggan melulu rancang anak kedua, teruja dapat beraksi di samping Fattah Amin

Sementara itu, pelakon berusia 28 tahun turut berkongsi dia banyak membuat aksinya sendiri tanpa menggunakan pelakon lagak ngeri kerana mahukan kepuasan selain mengidolakan pelakon berbakat, Beto Kusyairi.

“Ada scene yang saya patut guna stunt double, tapi sangat mengidolakan Beto Kusyairi jadi saya nak buat sendiri.

“Saya memang akan selalu tanya abang Beto sebelum memilih naskah dan watak. Saya pernah lihat abang Beto bakar diri dia sendiri untuk menjayakan satu watak, jadi saya nak mengikut jejak dia lah.

“Tapi abang Beto selalu nasihat untuk utamakan keselamatan,” ujarnya.

Nadhir bagaimanapun berkata dia akan sentiasa mengutamakan kepuasan penonton dan dirinya sendiri dalam menjayakan sebuah adegan aksi.

“Terpulang kepada pelakon masing-masing dan pengarah. Jika ada babak yang guna senjata tajam dan berbahaya, pengarah boleh ambil shot belakang tapi tak nampak la muka saya.

“Tapi saya lebih kepada kepuasan penonton dan diri saya berbanding buat hanya untuk keselamatan saya sahaja. Saya rasa lebih berbaloi dan puas sebegitu,” jelasnya.

Selain Nadhir, filem Pendekar Awang Darah Indera Gajah turut dibintangi pelakon popular antaranya, Fattah Amin, Fazura, Heliza Helmi, Hazwani Helmi, Namron, Amir Ahnaf dan ramai lagi.

Filem ini akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 11 Januari ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Amad pindah ke Kuantan… Saerah sedih, tak tidur malam

Hati ibu mana tidak sedih apabila terpaksa berpisah dengan anak. Ibu serta pengurus penyanyi remaja, Amad Dayyan iaitu Saerah Taruddin...

More Articles Like This