Lelaki curi duit tabung surau hari pertama tahun baru diburu

Dari Penulis

POLIS sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai mencuri duit tabung surau di sekitar Ulu Tiram, Johor baru-baru ini.

Video perbuatan suspek yang dirakam memakai baju-t warna hitam dan bertopi tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supritendan Mohd Sohaimi Ishak berkata rakaman video jenayah berdurasi 1 minit 8 saat itu dikesan melalui akaun Facebook “Komuniti Roda Johor”.

Katanya, polis mengesahkan telah menerima laporan kejadian daripada seorang lelaki berumur 60 tahun.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 1 Jan, 2024 kira-kira pukul 6.30 petang di sebuah surau sekitar Ulu Tiram, Johor,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Mohd Sohaimi berkata kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Katanya, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan denda.

“Polis sedang giat mengesan suspek,” katanya.

Beliau menambah orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkannya kepada pegawai penyiasat ASP Mohd Hasffizan Roslan di talian 012-7833499/07-3864222 bagi membantu siasatan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut terjatuh lepas keluar dari kolam di taman tema air

SEORANG kanak-kanak maut dipercayai terjatuh selepas keluar dari kawasan kolam dalam kejadian di sebuah taman tema air di Sungai...

More Articles Like This