Miliki kanabis: Bekas pemandu teksi terlepas hukuman gantung, dipenjara 10 tahun

Dari Penulis

SEORANG bekas pemandu teksi terlepas hukuman gantung selepas pertuduhan mengedar 1029.2 gram kanabis yang disabitkan ke atasnya, dipinda kepada memiliki dadah.

Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail bersama Datuk Hashim Hamzah dan Datuk Azmi Ariffin, mengetepikan sabitan dan hukuman mati yang dijatuhkan ke atas M. Baskaran atas kesalahan mengedar dadah dan mengenakan hukuman penjara 10 tahun.

Keputusan itu selepas Baskaran, 52, mengaku bersalah atas kesalahan memiliki dadah.

Hakim Hadhariah berkata, Baskaran juga tidak dikenakan hukuman sebat kerana beliau berusia lebih 50 tahun dan mengarahkan hukuman penjara itu bermula 15 Ogos 2018, iaitu tarikh lelaki itu ditangkap.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Fauziah Daud memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwaan bersetuju untuk meminda pertuduhan kepada memiliki dadah.

Baca juga: Polis sahkan gelandangan wanita maut gantung diri di stesen LRT 3 Sri Andalas

Baskaran didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi pada 4 Ogos 2021 kerana mengedar dadah di tempat letak kereta di Taipanco, di kawasan perindustrian Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang, Selangor pada 7 petang, 15 Ogos 2018.

Peguam Asheeq Ali Sethi Alivi yang mewakili Baskaran, memohon supaya anak guamnya dikenakan hukuman penjara minimum lima tahun, kerana beliau telah bertaubat atas apa yang dilakukan dan bagi membolehkannya untuk memulakan hidup baharu bersama keluarganya.

Fauziah pula meminta mahkamah untuk mengenakan hukuman penjara antara 10 ke 12 tahun.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tunku Zain Al-‘Abidin dimasyhurkan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

YANG Dipertuan besar Negeri Sembilan, Tunku Muhriz Tuanku Munawir berkenan memasyhurkan putera keduanya, Tunku Zain Al-'Abidin sebagai Tunku Panglima...

More Articles Like This