SPRM sah siasat perbelanjaan RM700 juta promosi dua kerajaan terdahulu

Dari Penulis

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan sedang menyiasat penggunaan dana sehingga RM700 juta untuk tujuan promosi dan publisiti kerajaan. 

Ia membabitkan proses dan tatacara perbelanjaan kerajaan antara tempoh 2020 hingga 2022 di bawah pentadbiran dua Perdana Menteri sebelum ini. 

Memetik laporan BH Online, perkara itu disahkan Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim. 

Bagaimanapun, Hishamuddin enggan mengulas lanjut berhubung siasatan tersebut. 

Laporan itu memetik sumber turut memaklumkan SPRM telah hadir ke Kementerian Kewangan (MoF) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM), semalam bagi menjalankan siasatan. 

Katanya, SPRM juga telah mengumpulkan maklumat serta mendapatkan dokumen berkaitan, hari ini. 

“SPRM sudah memulakan siasatan awal berhubung isu membabitkan penggunaan wang sebanyak RM700 juta yang dibelanjakan bagi tujuan promosi dan publisiti untuk menghebahkan pencapaian kerajaan dalam tempoh 2020 hingga 2022 ketika pentadbiran dua Perdana Menteri sebelum ini.

“Siasatan ini dibuat berdasarkan maklumat awal yang dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran pada November tahun lalu.

“Prabakaran ketika itu meminta Perdana Menteri menyatakan jumlah keseluruhan dibelanjakan kerajaan untuk kerja promosi dan publisiti dalam menghebahkan pencapaian kerajaan menerusi semua platform media massa termasuk media cetak, media digital serta televisyen sepanjang tahun sejak 2020 hingga kini,” katanya.

Baca artikel lain: Polis terima laporan dakwaan salah guna dana RM700 juta 2 kerajaan terdahulu

Sementara itu, laporan itu memetik sumber turut memaklumkan siasatan ketika ini adalah berbentuk tindakan proaktif bagaimana pendedahan mengenai penggunaan wang RM700 juta itu.

“Siasatan awal masih berjalan dan ia menjurus kepada bagaimana wang itu dibelanjakan.

“SRPM juga sedang menyiasat adakah proses perbelanjaan dan pengurusan berkenaan mengikut tatacara yang betul,” katanya.

November lalu, Perdana Menteri menegaskan tiada peruntukan baharu dibelanjakan kerajaan untuk kerja-kerja promosi dan publisiti untuk tahun 2023 sejak beliau mengambil alih jawatan. 

Anwar memaklumkan beliau hanya meneruskan kontrak yang telah dimeterai oleh Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa menerajui negara pada tahun 2022. 

Beliau yang juga Menteri Kewangan mendedahkan Kerajaan Persekutuan membelanjakan hingga RM700 juta untuk pengiklanan, promosi dan publisiti bagi menghebahkan agenda kerajaan bagi tempoh 2020 hingga 2022.

Terdahulu, SPRM dilaporkan berkata pihaknya membuka kertas siasatan mengenai perbelanjaan itu, malah akan memanggil bekas pemimpin tertinggi kerajaan berhubung siasatan itu.

Semalam, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan beliau belum menerima sebarang panggilan daripada SPRM berhubung satu siasatan dijalankan agensi penguatkuasaan itu.

Sabtu lalu, media melaporkan, polis menerima laporan berhubung dakwaan penyalahgunaan dana RM700 juta oleh dua kerajaan terdahulu untuk iklan dan publisiti bagi menghebahkan agenda kerajaan dalam tempoh 2020 hingga 2022.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Keperluan mempercepat peralihan tenaga di Malaysia

MALAYSIA perlu mempercepat peralihan tenaga kerana negara berdepan risiko krisis bekalan tenaga, ketidaktentuan harga bahan api global, tekanan subsidi...

More Articles Like This