Banjir: Jumlah mangsa di Kelantan dan Pahang kekal

Dari Penulis

JUMLAH mangsa banjir yang direkodkan di Kelantan dan Pahang tidak berubah sejak tengah malam tadi, melibatkan 48 mangsa daripada 13 keluarga yang masih berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 6 pagi tadi.

Menurut laporan terkini situasi banjir di seluruh negara yang dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), di KELANTAN, jumlah mangsa banjir kekal 26 orang daripada tujuh keluarga yang ditempatkan di PPS Pasir Mas.

Trend sama turut direkodkan di dua lokaliti di PAHANG, dengan jumlah mangsa banjir kekal 12 orang daripada tiga keluarga masih berlindung di PPS Maran, manakala 10 mangsa daripada tiga keluarga berada di PPS Temerloh.

Baca artikel lain: Banjir: 1,122 mangsa berlindung di 13 PPS di 3 negeri setakat tengah hari – NADMA

Sementara itu, tinjauan situasi status Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati tiga sungai berada pada paras bahaya melibatkan Sungai Pulai di Johor Bahru, Sungai Golok di Tanah Merah (Kelantan) dan Sungai Arau (Perlis).

Laporan itu turut memaklumkan beberapa jalan ditutup akibat kerosakan antaranya Jalan Durian Mentangau di Dungun, Terengganu dan Jalan Sungai Sam ke Dabong di Jeli, Kelantan.

— BERNAMA 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This