YAYASAN Bank Rakyat (YBR) mengambl inisiatif menyalurkan Bantuan Awal Pengajian (BAP) berjumlah RM100,000 kepada 100 pelajar yang terdiri daripada golongan B40 di Universiti Utara Malaysia (UUM).
Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, bantuan itu merupakan inisiatif pertama YBR pada 2024 dalam usaha membantu pelajar yang kurang berkemampuan.
Katanya, YBR sentiasa prihatin serta menyokong dalam memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan untuk mendapat kualiti pendidikan yang sama rata.
“Semoga pemberian insentif ini memberi semangat kepada para pelajar untuk meneruskan sesi pengajian dan meningkatkan
motivasi mereka untuk kekal cemerlang.
“Diharapkan melalui bantuan ini menjadikan azam tahun baru pelajar semakin membara dan sedikit sebanyak pelajar dapat menggunakan bantuan tersebut bagi pembelian kelengkapan alatan pembelajaran yang masih belum mencukupi,” katanya dalam kenyataan.
Baca juga: Ewon mahu YBR, UPSI jalin kerjasama biaya pelajar bidang bahasa Kadazandusun
Mengulas lanjut, Syaiful Rizal berkata, bantuan itu diberi kepada pelajar semester 1 hingga 3 di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
Katanya, setiap daripada mereka menerima peruntukan sebanyak RM1,000 setiap seorang dan pemilihan telah dikenalpasti oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar UUM dan UniMAP.
“YBR akan kekal meneruskan komitmen bagi membangunkan komuniti berpendidikan selaras dengan mandat dan halatuju YBR, untuk menjadikan kehidupan masyarakat bertambah maju, berkualiti serta berdaya saing.
“Dalam sesi yang berlainan, bantuan ini juga akan seterusnya akan dijalankan di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan turut melibatkan 100 orang pelajar,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

