KBS ‘buka’ SNBJ, sediakan skrin besar tonton perlawanan Harimau Malaya

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) akan menyediakan fasiliti tayangan skrin besar di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) untuk ketiga-tiga perlawanan skuad Harimau Malaya dalam kempen Piala Asia 2023, Qatar tidak lama lagi.

Perkara itu diumumkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dalam klip video yang dimuat naik ke aplikasi X, hari ini.

Sehubungan itu, Hannah menyeru semua penyokong tegar skuad bola sepak negara untuk turun memeriahkan suasana di SNBJ.

“KBS akan menyediakan fasiliti skrin besar untuk ketiga-tiga perlawanan Harimau Malaya nanti.

“Kita akan buka SNBJ kepada semua penyokong Harimau Malaya, pastikan anda datang untuk menyokong pasukan Harimau Malaya,” katanya dalam klip video tersebut.

Sementara itu, dalam klip video berdurasi 54 saat itu, Hannah yang juga Ahli Parlimen Segambut turut meniup semangat kepada pemain-pemain skuad kebangsaan menjelang aksi di Qatar.

Beliau turut menyifatkan kejayaan skuad bimbingan Kim Pan Gon itu yang menamatkan penantian 43 tahun layak secara merit ke Piala Asia merupakan satu prestasi yang amat membanggakan rakyat Malaysia.

Hannah turut memetik lirik lagu ‘Fikirkan Boleh’ yang merupakan antara lagu bagi menyuntik semangat atlet.

Baca artikel lain: PM ucap selamat berjuang kepada Harimau Malaya di Piala Asia

“Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada Harimau Malaya di Qatar. Ingat bila anda masuk padang nanti, jika anda fikirkan anda boleh, anda pasti boleh melakukan yang terbaik.

“Saya mengucapkan tahniah juga kepada FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) dan jurulatih Kim Pan Gon atas usaha anda membantu pasukan Harimau Malaya melangkah sejauh ini,” katanya.

Harimau Malaya layak ke Piala Asia secara merit selepas tidak berjaya berbuat demikian selama 43 tahun.

Sebagai rekod, sebanyak 24 pasukan akan bersaing dalam kancah Piala Asia dijadualkan pada 12 Januari hingga 10 Februari tahun hadapan.

Malaysia akan memulakan kempen Piala Asia 2023 bertemu Jordan di Stadium Al Janoub pada Isnin, 15 Januari (awal pagi Selasa waktu Malaysia).

Selepas itu Harimau Malaya akan menentang Bahrain di Stadium Jassim Bin Hamad pada Sabtu, 20 Januari dan Republik Korea di Stadium Al Janoub pada Khamis, 25 Januari 2024.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This