Rasuah lebih RM6 juta: CEO persatuan bola sepak, tiga lelaki direman

Dari Penulis

KETUA pegawai eksekutif (CEO) sebuah persatuan bola sepak di utara tanah air antara empat lelaki yang ditahan reman hari ini berkaitan kes meminta dan menerima rasuah berjumlah lebih RM6 juta pada 2020.

Turut direman dua wakil perunding sebuah persatuan bola sepak dan seorang individu yang bekerja sendiri.

Perintah tahanan reman selama tiga hari sehingga Ahad itu dikeluarkan oleh Majistret Siti Norhidayah Mohd Noor selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Menurut sumber, keempat-empat suspek berusia lingkungan 40 hingga 60 tahun itu ditahan ketika hadir untuk memberi keterangan di Pejabat SPRM Kedah semalam.

Baca artikel lain: Dakwaan rasuah, Nik Nazmi hantar surat tuntutan kepada Chegubard

“Berdasarkan siasatan, wang lebih RM6 juta itu telah dimasukkan ke dalam akaun sebuah persatuan bola sepak dan wang rasuah berkenaan dipercayai sebagai balasan kerana membantu seorang pemilik sebuah syarikat mendapatkan tender projek pembinaan litar lumba serta projek mengurus, mengoperasi dan menyelenggara lima loji takungan air di sebuah negeri,” katanya.

Pengarah Kanan Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan keempat-empat lelaki.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 16a(B) Akta SPRM 2009.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This