Mayat wanita tanpa kepala, tangan dan kaki ditemukan dalam tong sampah di Alor Gajah

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MAYAT seorang wanita ditemukan dalam keadaan menyayat hati dengan berbogel tanpa kepala, kedua-dua belah tangan dan kaki di Jalan Besar Alor Gajah-Tampin, Pulau Sebang, Alor Gajah, hujung bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, mayat wanita tersebut ditemukan dalam tong sampah yang dibuang di dalam longkang.

Menurut Arshad, hasil siasatan mendapati kepala, kedua-dua tangan dan kaki mangsa telah dipotong.

Beliau berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada orang awam kira-kira pukul 2 petang pada 31 Disember lalu.

“Hanya bahagian badan ditemui dengan kepala, kedua tangan dan kaki dari paras lutut ke bawah dipercayai dipotong selain terdapat sehelai kain merah di bawah mayat.

“Tiada sebarang identiti ditemui pada mayat yang dianggarkan berusia 20-an hingga 30-an, namun pakar patalogi mengesahkan mangsa seorang wanita,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Baca artikel lain: Tanam mayat belakang rumah, 6 termasuk 3 beradik didakwa bunuh pak guard

Mengulas lanjut, Arshad berkata, mayat ditemui dalam keadaan mereput dan sudah kering serta disyaki meninggal dunia antara tujuh hingga 10 hari ketika ditemui.

“Polis turut menjalankan ujian DNA ke atas dua kes orang hilang dalam tempoh sebulan lalu, namun keputusannya negatif.

“Kes ini diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau berkata, sehubungan itu pihaknya menyeru kepada mana-mana pihak yang kehilangan ahli keluarga terdekat mahupun individu yang dikenali ataupun mempunyai maklumat berkenaan kejadian tampil menyalurkan maklumat.

Katanya, orang ramai boleh menghubungi balai polis berhampiran atau berhubung terus di talian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah ditalian o6-5562222 ataupun Pegawai Penyiasat Kanan Deputi Superintendan Mohd Ali Hanafiah Hasim di talian 019-9536277.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Azam Baki kekal sah anggota Lembaga Penasihat NFCC hingga 2027

PUSAT Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) menegaskan kehadiran Tan Sri Azam Baki pada Mesyuarat Lembaga Penasihat NFCC, 30 Jun...

More Articles Like This