Kesihatan Abdul Hadi tambah baik tapi tak dibenar terima pelawat

Dari Penulis

KEADAAN kesihatan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dilaporkan bertambah baik setelah menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Bagaimanapun, Setiausaha Politik kepada Presiden Pas, Mohd Syahir Che Sulaiman memaklumkan, pengurusan IJN masih tidak membenarkan Abdul Hadi menerima pelawat.

Memetik laporan BH Online, Mohd Syahir memberitahu, Ahli Parlimen Marang itu sepatutnya sudah boleh keluar daripada IJN, namun doktor meminta mendapatkan rehat secukupnya.

“Kita menghubunginya pagi ini dan kesihatan Abdul Hadi yang dimasukkan ke IJN pada 1 Januari lalu semakin baik dan akan dibenarkan keluar dalam tempoh terdekat.

“Kesihatan ayahanda tuan guru semakin baik…dijangka discaj dalam tempoh terdekat, Insya-Allah,” katanya.

Baca artikel lain: Kesihatan Abdul Hadi stabil, masih perlu pengawasan

Sementara itu, Mohd Syahir yang juga Ahli Parlimen Bachok berkata, Abdul Hadi turut tidak digalakkan untuk menerima pelawat selepas dibenarkan keluar nanti.

Pada masa sama, beliau memaklumkan Abdul Hadi meminta keluar daripada IJN untuk pulang ke kediamannya.

“Namun, ayahanda tuan guru juga perlu mematuhi prosedur ditetapkan oleh IJN.

“Pengurusan IJN masih melakukan pemantauan dan meminta ayahanda tuan guru berehat secukupnya sebelum dibenarkan keluar,” katanya.

Abdul Hadi, 76, dilaporkan berada di IJN untuk pemeriksaan jantung sejak 1 Januari lepas.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This