Waris Mahaguru Gayong daftar hak intelek silat seni gayong

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

WARIS Pengasas Silat Seni Gayong Malaysia, Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman Daeng Uda Mohd Hashim berjaya mendapatkan hak intelek ke atas ciptaan pelajaran dan adat istiadat silat seni gayong.

Setiausaha Pertubuhan Waris Kerabat ADMAR Malaysia, Siti Aluyah Hussin memaklumkan, pendaftaran hak intelek itu telah dihantar kepada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pada 25 Julai dan 10 Ogos tahun lalu.

Menurut Siti Aluyah, ia berkaitan empat perkara termasuk ilmu, pelajaran, catatan sejarah, lambang, peralatan peribadi mahaguru, adat dan istiadat.

Selain itu, kata beliau, ia juga merangkumi adat istiadat silat seni gayong.

Siti Aluyah memaklumkan, hak intelek yang telah didaftarkan juga termasuk silibus, sukatan koleksi ilmu dan susunan mata pelajaran silat seni gayong ciptaan Meor Abdul Rahman.

Pada masa sama, perkara itu juga termasuk catatan sejarah Meor Abdul Rahman sebagai pengasas dan pencipta silat seni gayong.

“Dengan demikian, pemilik hak ke atas harta intelek kini didaftarkan atas nama Siti Fadzilah Meor Abdul Rahman (anak) dan Siti Zubaidah Hussin (cucu).

Baca artikel lain: Waris Mahaguru Gayong mahu bangunkan Galeri Datuk Meor Abdul Rahman atas tapak kediaman

“Pengurusan pentadbiran harta ini diletakkan di bawah kendalian Pertubuhan Waris Kerabat ADMAR Malaysia oleh pihak berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Siti Aluyah berkata, terdapat lebih daripada 70 badan silat dalam dan luar negara yang mengaku sebagai ajaran aliran ADMAR.

Dengan perakuan itu, beliau berkata, badan-badan tersebut menggunakan ilmu ciptaan ADMAR atas pelbagai tujuan terutama sebagai sumber pendapatan imbuhan mengajar sebagai petunjuk amalan adat istiadat mahu pun juga menjual item-item seperti lencana, bengkung, sandang, mengutip yuran keahlian dan penulisan bersumberkan nama atau hasil ciptaan Meor Abdul Rahman.

Katanya, demi mengelak dan mengawal berlakunya penyelewengan dan pengkhianatan, pihaknya telah mengambil inisiatif mendaftar harta intelek ADMAR dan menguatkuasa kesalahan penggunaan mana-mana item harta yang telah didaftarkan.

“Kami memaklumkan kepada komuniti yang terbabit supaya hendaklah mendapat kebenaran menggunanya berdasarkan syarat dan peraturan yang ditetapkan waris.

“Mengguna mana-mana item yang berdaftar adalah satu kesalahan yang diperuntukkan dalam Akta 332,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan MADANI komited pastikan setiap kerajaan negeri terima sokongan yang diperlukan – Saifuddin

KERAJAAN MADANI kekal komited memastikan setiap kerajaan negeri menerima sokongan yang diperlukan berdasarkan keperluan pembangunan serta kesejahteraan rakyat. Menteri Dalam...

More Articles Like This