Budak lelaki maut, bapa saudara parah kemalangan di Langkawi

Dari Penulis

Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala bapa saudaranya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan lori tanah di Jalan Chandek Kura di Langkawi semalam.

Video penuh klik link di bawah

https://t.me/infoutusantv/2994

Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Shariman Ashari berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kemalangan itu pada 5.16 petang.

“Kemalangan melibatkan penunggang motosikal Mohamad Iqmal Noor Din, 25, dari Kampung Padang Wahid dan anak saudaranya, Muhammad Wassim Dayyan Amyrul Amry, 11, dari Kampung Bukit Tangga, Langkawi.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila lori yang datang dari arah Jalan Batu Belah Batu Bertangkup keluar simpang untuk masuk ke Jalan Chandek Kura,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shariman berkata motosikal yang dinaiki kedua-dua mangsa yang datang dari arah Kuah menghala ke Kampung Chandek Kura tidak sempat mengelak sebelum melanggar bahagian tepi belakang sebelah kanan lori.

“Akibat kejadian itu, mangsa yang cedera parah di bahagian kepala meninggal dunia di Hospital Sultanah Maliha (HSM), manakala penunggang motosikal yang mengalami kecederaan parah di kepala dan bahu masih dirawat di hospital yang sama.

“Pemandu lori berusia 51 tahun telah ditahan dan hasil ujian saringan air kencing mendapati positif dadah jenis ganja dan pemohonan reman akan dibuat. Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Jenazah suami Nancy Shukri diterbangkan ke Kuching hari ini

JENAZAH suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri iaitu Datuk Kamil Misuari akan diterbangkan...

More Articles Like This