Lori tukar lorong secara mengejut punca suami isteri parah kemalangan di Sungkai

Dari Penulis

TINDAKAN pemandu lori menukar laluan secara mengejut  menjadi punca sepasang suami isteri parah dalam kemalangan di Kilometer 363.8 Lebuhraya Utara Selatan, Sungkai, 10.30 pagi tadi.

Video penuh klik link di bawah

https://t.me/infoutusantv/3032

Ketua Polis Daerah Mualim, Superintenden Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, penunggang motosikal Yamaha MT  Mohamad Nor Ekhsan Md Puat, 31, cedera di kepala serta patah tangan manakala isteri, Tengku Balkis Tengku Zainal Rasid, 31, luka di muka.

Beliau berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari Kota Damansara ke Ipoh.

“Sampai di lokasi kejadian, sebuah lori yang berada di lorong kiri telah mengubah laluan ke kanan dipercayai untuk memotong kenderaan di hadapan.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Slim River untuk rawatan lanjut,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Jelasnya, pemandu lori berusia 34 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This