EMPAT kakitangan Jabatan Kemajuan orang asli (JAKOA) Johor berdepan detik cemas apabila kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dinaiki dihanyut arus deras.
Video penuh klik link di bawah
https://t.me/infoutusantv/3030
Kejadian berlaku ketika kakitangan dalam perjalanan balik selepas mengikuti rombongan Ketua Pengarah JAKOA, Datuk Sapiah Mohd Nor menghantar makanan di Kampung orang asli Sedohok, dekat Kluang 2.70 petang tadi.
Kesemua terlibat berjaya menyelamatkan diri dengan keluar melalui tingkap dan detik cemas itu turut dirakam oleh kakitangan JAKOA yang datang membantu, lapor Buletin TV3.
Pengarah JAKOA Johor, Faisal Long ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
Beliau bagaimanapun bersyukur tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

