MALAYSIA sudah menempah satu slot suku akhir dalam kejohanan PETRONAS Terbuka Malaysia 2024 menerusi acara beregu lelak apabila dua pasangan negara akan bertemu antara satu sama lain pada aksi pusingan kedua, esok.
Pasangan Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang menewaskan gandingan Denmark, Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard 20-22, 21-13, 21-13 pada aksi pusingan pertama di Axiata Arena Bukit Jalil, hari ini akan bertemu Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei bagi merebut slot ke suku akhir.

Sebelum itu, IIzzuddin-Sze Fei mengesahkan tempat kelompok 16 terbaik selepas tidak berdepan masalah menundukkan pasangan Thailand, Supak Jomkoh-Kittinupong Kedren 21-17, 22-20.
“Ia akan menjadi satu lagi perlawanan yang sukar untuk kami menentang rakan sepasukan. Kami berlatih bersama setiap hari dan tahu mengenai corak permainan masing-masing.
“Sebagai wakil Malaysia, siapa yang menang dan mara ke suku akhir sama saja kerana kedua-duanya mewakili negara. Kami akan berjuang dan memberikan yang terbaik,” kata Aaron mengulas mengenai pertembungan dengan Izzuddin-Sze Fei.
Ditanya mengenai kemenangan ke atas Kjaer-Sogaard, hari ini, Aaron berkata: “Ini perlawanan pertama menentang mereka, ketika set pertama memang tidak berapa selesa dengan permainan mereka.
“Namun, kami bernasib baik mampu kembali memberi saingan di set pertama dan seterusnya mendapat kembali keyakinan untuk menghadapi baki dua set berikutnya.”
Sementara itu, beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei turut ‘lulus ujian pertama’ apabila mengetepikan cabaran wakil Perancis Thom Gicquel-Delphine Delrue 21-17, 21-18.
Menanti mereka di pusingan seterusnya adalah bekas juara dunia dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

