Gara-gara smash, Tze Yong terpaksa tarik diri kerana kecederaan belakang

Dari Penulis

CABARAN negara pada acara perseorangan lelaki terpaksa berakhir lebih awal apabila Ng Tze Yong menarik diri ketika ketinggalan 8-12 pada set pertama menentang pemain Jepun, Koki Watanabe pada pusingan pertama kejohanan badminton Terbuka Malaysia 2024 di Axiata Arena, Kuala Lumpur hari ini.

Pemain ranking ke-15 dunia itu disyaki mengalami kecederaan belakang apabila melompat untuk melakukan smash ketika kedudukan terikat 7-7.

Sejurus selepas itu, Tze Yong hampir tidak dapat bergerak dan tidak dapat membalas pukulan daripada Watanabe, memaksanya untuk akhirnya berundur apabila ketinggalan 8-12.

Tze Yong mengakui bahawa beliau mengalami kesakitan yang amat sangat sebelum menarik diri dan mengesyaki bahawa mungkin mengalami kecederaan belakang.

“Ya, (mengalami) kecederaan belakang ketika melakukan smash. Saya berasa kaku dan tidak boleh bergerak. Tidak berasa apa-apa sebelum perlawanan, tetapi ia sangat menyakitkan sehingga kini,” katanya sambil menambah beliau kecewa untuk memulakan perlawanan pembukaan musimnya dengan cara yang mengecewakan dan di hadapan penyokong tuan rumah.

Ini adalah penyingkiran awal ketiga berturut-turut Tze Yong di Terbuka Malaysia, setelah tewas 21-19, 19-21, 15-21 kepada Kodai Naraoka dari Jepun pada pusingan kedua tahun lalu dan 16-21, 23-21, 18-21 kepada pemain China, Lu Guang Zu dalam pusingan pembukaan pada 2022.

BERITA BERKAITAN Terbuka Malaysia: Aaron-Wooi Yik jumpa Izzuddin-Sze Fei dalam pusingan kedua esok

Watanabe akan bertemu Anders Antonsen pada pusingan kedua selepas pemain Denmark itu menewaskan wakil India, H.S. Prannoy 21-14, 21-11 pada pusingan pembukaan.

Semalam, seorang lagi pemain perseorangan Malaysia, Lee Zii Jia tersingkir pada pusingan pertama selepas tewas 21-16, 19-21, 15-21 kepada Guang Zu.

Sementara itu, pilihan kedua Baek Ha Na-Lee So Hee dari Korea Selatan terbukti terlalu hebat dan sukar ditandingi beregu wanita negara Anna Ching Yik Cheong-Teoh Mei Xing apabila tumpas 14-21, 13-21.

Dalam pada itu, beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mara ke pusingan kedua dengan kemenangan 21-17, 22-20 ke atas Supak Jomkoh-Kittinupong Kedren dari Thailand.

Sze Fei mengakui bahawa keputusan mereka untuk memperlahankan rentak pada pertengahan permainan set kedua membolehkan lawan mereka mengutip mata.

Beliau berkata mereka bagaimanapun berjaya mendapatkan semula ketenangan untuk melakar kemenangan dan menetapkan kemungkinan perlawanan pusingan kedua menentang rakan senegara Aaron Chia-Soh Wooi Yik, dengan syarat juara dunia 2022 itu boleh mengatasi beregu Denmark, Rasmus Kjaer -Frederik Sogaard lewat hari ini.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Isu pemain naturalisasi: FAM sedang perkukuh aspek tadbir urus

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) sedang memperkukuh aspek tadbir urus, bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap integriti dan kredibiliti bola sepak...

More Articles Like This