SEORANG pemandu Proton Saga disahkan maut selepas terlibat dalam kemalangan tiga kenderaan di Jalan Hutan Simpan, Sungai Udang dekat Masjid Tanah, pagi tadi.
Video penuh klik link di bawah
https://t.me/infoutusantv/3043
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam kenyataan berkata, panggilan kecemasan mengenai kejadian diterima pada pukul 10.51 pagi.
Sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Masjid Tanah telah dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Bomba tiba di lokasi dan mendapati kemalangan melibatkan sebuah lori, Perodua Myvi dan Proton Saga,” kata kenyataan itu.
Jelas kenyataan itu, empat lelaki yang menaiki Myvi dan seorang pemandu lori terselamat.
Bagaimanapun, pemandu Saga telah tersepit di dalam kenderaan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.
Sementara itu memetik laporan portal Melaka Hari Ini, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, mangsa Yahya Mohd Talip, 69, memandu kereta Proton Saga meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di seluruh anggota badan.
Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Sungai Udang ke Pengkalan Balak.
“Apabila tiba di lokasi, kereta dipandu mangsa diekori rapat sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu lelaki berusia 31 tahun yang kemudiannya telah melanggar belakang kereta mangsa.
“Akibat pelanggaran itu, kereta mangsa telah memasuki laluan bertentangan dan dirempuh sebuah lori jenis Hino berwarna putih dari arah depan,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

