Tuduhan rasuah Agong: Tun Mahathir cabar tunjuk bukti

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar mana-mana pihak untuk menunjukkan bukti yang beliau telah merasuah Yang di-Pertuan Agong dengan nilai berjumlah RM500 juta hingga RM1 bilion.

Menerusi kenyataan yang dimuatnaik di media sosial, Dr Mahathir turut menempelak pihak yang melemparkan tuduhan itu kerana tidak berani mendedahkan identiti mereka dan bersembunyi seperti pengecut.

Menurut Dr Mahathir, tuduhan itu juga amat berat kerana seperti mahu mencadangkan Yang di-Pertuan Agong ditangkap kerana melakukan kesalahan rasuah.

“Adakah mereka mempunyai bukti bahawa Agong mengambil RM1 bilion daripada saya? Sila juga buktikan bahawa saya mempunyai wang.

“Seperti yang semua orang tahu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah berkata saya ada berbilion ringgit. Diminta tunjukkan bukti saya ada duit, sampai sekarang beliau belum dapat buktikan saya ada duit.

“Sekarang kenyataan bahawa saya merasuah Agong dengan RM1 bilion bermakna saya ada wang,” katanya.

Baca juga: Agong titah Istana Negara tak terlibat percaturan politik – PM

Mengulas lanjut, Dr Mahathir turut menyindir Kerajaan Perpaduan yang diterajui Anwar kerana seperti menyekat hak kebebasan untuk bersuara.

Perkara itu menurut Dr Mahathir dapat dilihat apabila Setiausaha Politik Kanan kepada Anwar, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin menyarankan pengharaman terhadap sebarang kenyataan mengenai penyingkiran Perdana Menteri.

“Kita tidak boleh bercakap tentang 3R. Kita tidak boleh mempolitikkan bajet. Sekarang kita tidak boleh bercakap tentang penggulingan PM.

“Jadi tiada siapa boleh bercakap tentang apa-apa. Dan inilah Kerajaan yang dipimpin oleh seorang lelaki yang sebelum ini bercakap tentang reformasi, tentang kebebasan dan lain-lain,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Nafuzi Zain kembali kendali Terengganu FC

BEKAS jurulatih bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan, Mohd Nafuzi Mohd Zain atau Nafuzi Zain kembali semula menerajui Terengganu FC...

More Articles Like This