Malaysia perlu pertimbang kemungkinan campur tangan dalam konflik Palestin – CENTHRA

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

KERAJAAN Malaysia harus melangkah lebih jauh daripada hanya sekadar menjadi pemerhati pasif berhubung konflik membunuh lebih 23,000 orang tidak berdosa di antara Palestin dan Israel.

Pengasas dan Pengerusi Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA), Azril Mohd Amin berkata, Malaysia perlu mula mempertimbangkan kemungkinan campur tangan dalam konflik kemanusiaan ini.

Ujarnya, ianya sebagai satu tanggungjawab dan peluang untuk menyumbang ke arah mencari jalan penyelesaian serta keadilan yang lebih tuntas.

“Hari ini merupakan penentu dalam usaha mencari keadilan bagi Palestin ketika Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memulakan prosiding lisan dalam kes yang difailkan oleh Afrika Selatan.

“Secara tidak langsung menggunakan Konvensyen Genosid sebagai respons terhadap serangan tentera Israel yang berterusan di Gaza.

“Adalah penting untuk kita menyedari bahawa hari ini bukan hanya saat genting untuk masyarakat antarabangsa, tetapi juga satu persimpangan penting untuk Malaysia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Baca artikel lain: Malaysia, Singapura meterai MoU Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura

Prosiding ICJ akan disiarkan secara langsung di laman web mahkamah dan United Nations (UN) Web TV.

Rakyat Malaysia diseru mengikuti prosiding ini dan bersuara sekali gus menghantar mesej jelas kepada pemimpin di seluruh dunia bahawa mereka juga mungkin dianggap bertanggungjawab atas pelanggaran Konvensyen Genosid.

Azril menambah, Statut ICJ menyediakan dua laluan bagi sesebuah negara untuk campur tangan iaitu melalui
Artikel 62 dan Artikel 63.

Jelasnya, negara-negara anggota Statut ICJ telah memberi persetujuan awal kepada keupayaan ICJ untuk memutuskan status campur tangan di bawah Artikel 62 dan Artikel 63.

Namun begitu, kata beliau, dalam sejarah ICJ, percubaan campur tangan di bawah kedua-dua artikel ini adalah jarang berlaku.

Katanya, ini menunjukkan kepentingan dan penglibatan aktif oleh sebuah negara yang berkepentingan untuk mempengaruhi dan membentuk keputusan mahkamah.

“Malaysia boleh mengambil langkah awal dengan meminta salinan pembelaan dan dokumen kes di bawah Artikel 53(1) untuk memberikan peluang sebagai pemerhati aktif dan terlibat dalam prosiding yang dijalankan,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan kekal iktiraf kedudukan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

KERAJAAN Persekutuan kekal mengiktiraf kedudukan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang sah. Mengulas mengenai perkembangan...

More Articles Like This