Agong titah Istana Negara tak terlibat percaturan politik – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah bahawa Istana Negara tidak akan terlibat dalam sebarang percaturan politik.

Titah itu disampaikan Yang di-Pertuan Agong kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika diterima menghadap di Istana Negara, hari ini.

Anwar dalam kenyataan di Facebook berkata, Al-Sultan Abdullah turut bertitah supaya beliau selaku Perdana Menteri dan Kerajaan MADANI untuk meneruskan kerja mengurus negara.

“Hari ini seperti kelazimannya saya menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menyembah maklum urusan kertas-kertas Kabinet esok dan turut mengulas beberapa perkembangan semasa.

“Baginda juga bertitah supaya saya selaku selaku Perdana Menteri dan Kerajaan MADANI untuk meneruskan kerja mengurus negara.

Baginda juga bertitah bahawa pihak istana tidak akan terlibat dalam sebarang percaturan politik,” katanya dalam kenyataan itu.

Perdana Menteri berkata, seandainya ada cadangan mana-mana pihak untuk menyampaikan derma sebanyak RM500 juta atau RM750 juta, ia hendaklah disalurkan terus kepada asnaf dan golongan miskin dalam negara.

Pada 30 Disember lepas, Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) Datuk Ismail Yusop dilaporkan mendakwa “Langkah Dubai” timbul sewaktu percutian beberapa pemimpin pembangkang dan tokoh-tokoh daripada pihak kerajaan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Baca artikel lain: GLC, GLIC disaran kurangkan pelaburan luar negara – PM

Ada ‘pegawai’ tertentu dipertanggungjawab untuk mengenal pasti Ahli Parlimen yang berpotensi mengalih sokongan kepada pembangkang dengan sogokan.

Sebelum ini, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa sudah mempunyai jumlah SD mencukupi bagi menukar kerajaan.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Pilihan Raya PN itu tidak mendedahkan secara terperinci termasuk mengenai jumlah SD yang diperoleh.

Sabtu lalu, media melaporkan Pejabat Ketua Pembangkang menafikan dakwaan kononnya Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan kepada 118 Ahli Parlimen daripada PN untuk datang menghadap baginda bersama SD masing-masing.

Kenyataan didakwa dikeluarkan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin seperti ditularkan di media sosial juga adalah palsu.

Kenyataan media bertarikh 6 Januari tular mendakwa PN merafak syukur kerana usaha menyelamatkan negara mendapat ihsan Seri Paduka Baginda.

Namun begitu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) menegaskan ‘Langkah Dubai’ tidak akan memberikan kesan kepada Kerajaan Perpaduan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Saya tidak pernah U-turn, pendirian tetap sama isu PTPTN, kata Adam Adli

"Saya tidak pernah rasa saya berubah pandangan, buat U-turn dan sebagainya. Saya keras dengan pandangan saya." Demikian penegasan Timbalan Menteri...

More Articles Like This