Aku terleka dengan nikmat dunia. Ini kisah sahabat Nabi yang tertangguh pengampunannya

Dari Penulis

SINAR mentari cukup terik di sepanjang bulan Rejab itu. Sesekali Ka’ab bin Malik mendongak ke langit, namun masih belum ada tanda-tanda panas akan redup. Ka’ab melihat hasil tanamannya. Semuanya sedang masak ranum, sayang jika ditinggalkan begitu sahaja. Takut-takut jika ada orang yang mencurinya.

Ternakan peliharaannya pun sedang subur membiak dan perlukan penjagaan yang rapi. Ka’ab tahu tidak lama lagi dia akan dapat menikmati hasil tanaman dan ternakannya. Tiba-tiba hadir suatu perasaan dalam diri Ka’ab.

“Ah, malas pula hendak membeli barang-barang keperluan perang,” getusnya. Berat hati Ka’ab, tapi dia harus melakukannya sebagai persiapan setelah mendapat perkhabaran dari Rasulullah S.A.W tentang persiapan yang sedang dilakukan tentera Muslimin bagi memerangi tentera Rom.

Pagi itu, Ka’ab pergi ke kota untuk membeli kelengkapan perang. Entah apa yang dilakukan oleh Ka’ab sehingga ke petang, dia langsung tidak membuat sebarang persiapan.   

Sekembalinya Ka’ab dari kota, didapati rombongan Rasulullah bersama tentera Muslimin sudah pun berangkat ke medan peperangan.

Mata Ka’ab meliar melihat sekelilingnya. Yang kelihatan hanya kanak-kanak, kaum wanita dan lelaki yang sudah uzur. Tiba-tiba manik jernih mengalir di pipinya.

“Apa alasan ku kepada Rasulullah, sedangkan aku tidak punya keuzuran tapi sengaja melengah-lengahkan persiapan sehingga aku tertinggal,” kata Ka’ab dalam hati.

Ka’ab mundar-mandir memikirkan nasib dirinya. Dia gelisah tidak tentu arah dan mula memikirkan tentang kedustaan yang telah dilakukannya.

Suatu pagi, Ka’ab mendengar pasukan Rasulullah sudah pulang dari medan peperangan. Kaab segera pergi menemui Rasulullah, namun tidak berani untuk menegur. Dia sekadar memerhati Baginda yang ketika itu sedang solat. Ka’ab memang sudah arif dengan kebiasaan Rasulullah yang akan mengerjakan solat sunat selepas pulang dari medan perang.

Selepas itu, seorang demi seorang lelaki menemui Rasulullah. Ka’ab melihat 80 orang lelaki pulang selepas berjumpa Rasulullah. Mereka menerima pengampunan kerana tidak turut serta dalam medan perang atas alasan yang munasabah.

Ke marilah,” panggil Rasulullah kepada Ka’ab. Baginda bertanya, “Apa yang menyebabkan engkau tidak ikut? Bukankah engkau telah membeli haiwan tungganganmu?”

Dengan rasa takut, Ka’ab menjawab, “Tidak, demi Allah aku tidak memiliki alasan apa pun. Demi Allah aku tidak pernah lebih kuat dan lebih berlapang dada berbanding ketika aku tidak ikut bersamamu dalam peperangan ini.”

Ka’ab hanya tunduk tidak berani memandang wajah kekasih Allah itu. Dia sedar sudah terleka dengan nikmat dunia. Diuji dengan tanaman yang sedang ranum dan ternakan yang sedang membiak membuatkan kekentalan hatinya luntur untuk turut sama berjuang di medan perang bersama Rasulullah.

“Ada pun yang ini telah berkata jujur. Berdirilah hingga Allah memberi keputusan kepadamu,”ucap Rasulullah.

Ka’ab sedar kata-kata itu tanda dia sedang dihukum. Sejak itu, tiada siapa pun yang bertegur sapa dengan Kaab termasuklah anak saudara yang disayanginya.

Setelah 40 malam pemulauan ke atas diri Ka’ab, datang utusan Rasulullah memintanya untuk tinggal berasingan daripada isterinya selama 10 hari. Ketika itu, Ka’ab benar-benar sendirian. Terasing daripada masyarakat termasuk isterinya sendiri.         

Semasa sedang duduk bertafakur selepas solat subuh, Ka’ab terdengar seruan dari Puncak Gunung Sala’.

“Wahai Ka’ab bin Malik, bergembiralah,” kata suara itu.

Ka’ab serta merta sujud syukur kerana tahu pengampunan Allah telah tiba. Orang ramai juga datang mengkhabarkan berita gembira itu kepada Ka’ab. Lantas Ka’ab bergegas ke masjid bertemu dengan Rasulullah yang ketika itu dikelilingi para sahabat termasuk Thalhah bin Ubaidillah yang sedang berdiri menyambut kedatangannya.

Di hadapan Rasulullah, Ka’ab berjanji akan menyerahkan semua hartanya kepada jalan Allah sebagai tanda taubatnya.

“Wahai Rasulullah, Allah telah menyelamatkan diri ku karena aku berkata benar. Setelah aku bertaubat, selama sisa usia ku, aku tidak akan berkata selain yang benar,“ kata Ka’ab.

Ternyata harta dan nikmat dunia begitu mudah membutakan hati dan mata manusia. Semoga kita terhindar daripadanya dan sentiasa sedar seperti mana Ka’ab bin Malik.

NOTA : Ka’ab bin Malik salah seorang sahabat Rasululullah SAW daripada kaum Ansar, juga si penyair yang memperoleh keampunan. Sewaktu tamat perang Tabuk, golongan muslimin yang tidak ikut berperang telah memohon keampunan daripada Rasulullah. Kesemuanya diberi keampunan kecuali tiga orang, salah seorang daripadanya ialah Ka’ab bin Malik. Mereka dihukum dengan dipulaukan sehinggalah taubat mereka akhirnya diterima Allah S.W.T.

“Dan (Allah menerima pula taubat) tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat mereka) hingga apabila bumi yang luas ini (terasa) sempit kepada mereka (kerana mereka dipulaukan), dan hati mereka pula menjadi sempit (kerana menanggung dukacita), serta mereka yakin bahawa tidak ada tempat untuk mereka lari dari (kemurkaan) Allah melainkan (kembali bertaubat) kepadaNya; kemudian Allah (memberi taufiq serta) menerima taubat mereka supaya mereka kekal bertaubat. Sesungguhnya Allah Dia lah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani.” – Surah At-Taubah : 118

_____

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kecoh dakwaan Kuil Ular jadi tempat memohon hajat orang Islam, Malar dedah cerita sebenar

Isu berkaitan sebuah rumah ibadat yang dikenali sebagai Kuil Ular kembali menjadi perbualan di media sosial. Sebelum ini, Mastika mendapat...

More Articles Like This