Kes rasuah KFA: Tunggu saman di rumah dan pejabat masing-masing, kata Sanusi

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERSATUAN Bolasepak Kedah (KFA) bakal menghantar surat saman terhadap pihak yang menggambarkan berlakunya kegiatan rasuah yang didakwa berlaku dalam persatuan tersebut.

Perkara tersebut disahkan Presiden KFA, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam hantaran di Facebook, awal pagi tadi.

Menurut Muhammad Sanusi, tindakan undang-undang itu akan dikenakan terhadap pihak-pihak yang bersungguh-sungguh cuba menggambarkan berlaku rasuah RM6 juta dalam KFA.

Pada masa sama, kata beliau, pihak berkenaan juga cuba mengaitkan tuduhan rasuah itu dengan individu tertentu terutama Presiden dan kakitangan KFA.

“Sila tunggu surat saman di rumah dan di pejabat masing-masing,” katanya dalam hantaran tersebut.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah memaklumkan, KFA akan mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan tuduhan dan siasatan SPRM yang sengaja ditularkan demi mencapai tujuan politik pihak tertentu.

Baca artikel lain: SPRM ambil keterangan Sanusi pula

Beliau berkata, langkah tersebut juga bagi memburukkan KFA dan pemimpin Kerajaan Negeri Kedah.

“Dokumen-dokumen yang bersabit dengan penswastaan KDAFC, permohonan pinjaman RM5 juta, bayaran balik RM1.3 juta, permohonan projek oleh pihak-pihak terbabit yang tidak diluluskan kerana tiada kelayakan, dokumen penyata beraudit yang menunjukkan ketelusan pengurusan kewangan KFA dan lain-lain juga akan didedahkan,” katanya.

Semalam, media melaporkan Muhammad Sanusi selesai memberi keterangan selepas tiga jam berada di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kenderaan yang membawa Muhammad Sanusi bagaimanapun terus meninggalkan bangunan SPRM jam 11.37 pagi tanpa berhenti di hadapan pemberita ketika didekati.

Muhammad Sanusi hadir ke SPRM dipercayai memberi keterangan berkaitan dakwaan rasuah lebih RM6 juta yang dikaitkan dengan KFA.

Jumaat minggu lalu, empat individu ditahan reman bagi membantu siasatan dalam kes meminta dan menerima rasuah lebih RM6 juta pada 2020.

Wang itu dipercayai sebagai balasan bagi membantu seorang pemilik syarikat mendapatkan tender projek pembinaan litar lumba dan projek mengurus, mengoperasi serta menyelenggara lima loji takungan air di Kedah.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Johor perlukan politik menyatukan dan bukan yang memecah-belah – Mohamad Sabu

PRESIDEN Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu menegaskan Johor memerlukan politik yang menyatukan dan bukan memecah-belahkan. Tegasnya, apabila...

More Articles Like This