Kes remaja pukul rakan guna helmet tak ikut ponteng sekolah selesai disiasat

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

POLIS selesai menjalankan siasatan berhubung kes seorang murid Tingkatan Dua dipukul menggunakan helmet hanya kerana enggan mengikut rakannya ponteng sekolah.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari memaklumkan, kertas siasatan berkaitan kes tersebut telah pun dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Menurut Ahmad Sukarno, pihaknya masih menunggu arahan seterusnya daripada Timbalan Pendakwa Raya.

“Kertas siasatan dihantar pada Rabu lepas dan kita masih menunggu arahan seterusnya,” katanya dalam sidang media hari ini.

Jumaat minggu lalu, seorang pelajar Tingkatan Dua dibelasah di Jalan Prima Pelangi 7, Bukit Prima Pelangi, Segambut hanya kerana tidak mahu mengikut rakannya ponteng sekolah.

Baca artikel lain: Murid Tingkatan 3 dibelasah sebab tak mahu ikut ponteng sekolah

Mangsa dipercayai dipukul selepas suspek tidak berpuas hati setelah mangsa tidak mahu mengikutinya ponteng sekolah.

Suspek telah memaksa mangsa menaiki motosikal dan dibawa ke lokasi kejadian sebelum dipukul berkali-kali di bahagian muka dan dada dengan menggunakan helmet.

Kejadian itu juga telah dirakam oleh rakan-rakan suspek dengan video tersebut tular di media sosial.

Pihak polis telah menahan suspek berusia 15 tahun pada kira-kira pukul 1.22 pagi Sabtu lalu.

Turut dirampas bersama suspek adalah satu unit helmet jenama MS88 berwarna merah yang disyaki digunakan semasa kejadian.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata.

Jika sabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara 10 tahun, denda atau sebatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This