MOT henti majlis pelancaran kempen keselamatan jalan raya setiap musim perayaan untuk jimat

Dari Penulis

MULAI tahun ini majlis pelancaran kempen-kempen keselamatan jalan raya bagi setiap musim perayaan di peringkat Kementerian Pengangkutan (MOT) tidak akan diadakan lagi, kata Menterinya Anthony Loke.

Beliau berkata, ia memandangkan setiap kali dianjurkan kempen berkenaan, ia akan melibatkan kos hampir RM200,000 termasuk perbelanjaan cenderamata, makanan, sistem siar raya dan pemasangan khemah.

“Semua majlis pelancaran ini tidak perlu, tetapi operasi bersepadu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan diteruskan, ia tidak akan dihentikan. Kita hentikan majlis perasmian sahaja,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Amanat Tahun 2024 MOT hari ini.

Baca artikel lain: KKDW perlu berfikiran futuristik merangka masa depan – Ahmad Zahid

“Kalau syarikat swasta nak buat kempen – boleh, itu terpulang kepada mereka. Yang saya hentikan ialah bajet kementerian sebab kita akan guna untuk tujuan lebih baik, mungkin berikan topi keledar percuma bernilai RM55 setiap satunya, kerana kami dapati masih ada yang menggunakan topi keledar lusuh,” tambahnya.

Terdahulu dalam amanatnya, beliau berkata antara fokus MOT tahun ini adalah membudayakan aspek keselamatan tidak kira sektor darat, udara mahupun maritim.

Memberi contoh bahawa hampir 7,000 terkorban dalam nahas jalan raya tahun lepas, Loke berkata keselamatan pengguna pengangkutan awam merupakan keutamaan MOT dan program-program yang akan dilaksanakan kelak perlu mencapai tujuannya.

Fokus lain termasuk memperkasa jaringan ketersambungan dan kebolehcapaian sistem pengangkutan awam dan logistik, mengoptimumkan budaya penyelenggaraan infrastruktur, perkhidmatan dan rangkaian pengangkutan dan memacu intervensi berdasarkan inovasi pendigitalan.

Loke berkata beliau juga telah meminta supaya pelaporan prestasi setiap agensi di bawah MOT dibuat secara berkala sebagai kayu pengukur program yang dilaksanakan oleh kementerian itu.

“Saya guna pendekatan ini agar kesemua inisiatif MOT ada rancangan komunikasi yang berterusan. Dengan ini kita akan bina keyakinan terhadap kementerian,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Inisiatif Smart Lane kurangkan kesesakan trafik sehingga 50 peratus

INISIATIF Smart Lane secara keseluruhannya telah menunjukkan keberkesanan yang tinggi dan berjaya mengurangkan kadar kesesakan trafik antara 30 hingga...

More Articles Like This