PELAKON Atikah Suhaime,33, berkongsi berita gembira aapbila dia bakal bernikah dengan lelaki pilihannya iaitu Datuk Lokman Teh pada 21 Januari ini.
Khabar bahagia itu diumumkan menerusi entri di Instagram miliknya sebentar tadi.
Menerusi hantaran tersebut, Atikah turut memuat naik majlis pertunangannya yang diadakan secara ringkas di Singapura, bulan lalu.
“Adakah awak sudah bersedia? Jom! Seminggu sahaja lagi, Insya-Allah,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rakan selebriti dan pengikut meninggalkan ucapan tahniah dan mendoakan agar Atikah dan pasangannya diipermudahkan urusan.

