PELAKON, Yana Samsudin meluahkan rasa syukur selepas selamat melahirkan cahaya mata ketiganya walaupun sebelum ini berdepan dengan masalah hormon dan Preeklampsia.
Menerusi hantaran di Instagram milik Yana, dia memberitahu selepas berada di hospital selama empat hari bacaan tekanan darahnya masih lagi tidak stabil dan suaminya, Fadzil Zahari juga memastikan aktres tersebut berehat secukupnya.
“Lepas empat hari kat hospital itu hari tekanan darah (blood pressure) masih tak stabil dari 140 sampai ke 170.
“Suami buat keputusan nak minta keluar juga dari hospital lepas bersalin..walau tekanan darah tinggi.
“Semua grup kerja Yana, bisnes dan belajar, suami dah ‘archive’ dan ‘mute notification’, tak mahu Yana tengok sebab suami nak Yana betul-betul berehat.
“Alhamdulillah hari kelima doktor bagi Yana keluar dari hospital,” ujarnya.
Dalam pada itu, Yana turut teruja dengan kejutan suaminya yang menghadiahkannya pakej berpantang buatnya di sebuah pusat penjagaan selepas bersalin.
“Masa masuk dalam kereta Yana cakap baju baby tak beli lagi, baru ada dua set.
“Tu pun mana yang sempat dia lari beli masa lepas bersalin, kat kedai baby sekitar hospital.
“Yana pun baru teringat nak beli pad dan kelengkapan ibu bersalin semua. Dia cakap tak payah beli semua tu, aik? Pelik kita.
“Rupanya suami buat kejutan. Tak terfikir Yana akan berpantang di sini.
“Alasan dia hantar kat sini, sebab dia nak ubah persekitaran Yana, dari pemandangan hospital, nak Yana selesa macam lepak rumah santai tengok movie jer, ada jururawat jaga 24 jam untuk mommy dan baby,” katanya.
Sementara itu, pelakon berusia 39 tahun itu juga meluahkan rasa syukur tekanan darahnya yang sebelum ini tinggi akibat melayan anak-anaknya yang aktif itu mulai normal selepas mengambil ubat.
Yana dan Fadzil Zahari mendirikan rumah tangga pada 13 Februari 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Aisy Mateen, 8, dan Aura Aisy Sofa, 4.

