Bubur Ayam Bersantan Sedap, Sesuai Untuk Bersahur

Rosmarlinda Kamarudin
Rosmarlinda Kamarudin
Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini. Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR. Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

Dari Penulis

Ramadan tidak berapa lama lagi, menu Bubur Ayam Bersantan ini antara hidangan sesuai yang disajikan ketika bersahur. Lebih mudah, dengan Santan Adabi. Sedap berlemak, diperbuat daripada kelapa segar dan berkualiti. Tidak perlu risau, segalanya sudah cukup menepati cita rasa. Antara rajin dengan tidak aje.. resipi yang dikongsikan oleh Chef Zam ini, anda mesti cuba sebab ia sememangnya sedap dengan Santan Adabi.

BUBUR AYAM BERSANTAN
BAHAN

1 paket ketupat Adabi
1 keping paha ayam – potong kecil
1 kotak santan Adabi
10 cm halia muda – mayang
1 labu bawang besar – mayang
2 tangkai daun ketumbar – hiris
2 tangkai daun sup – hiris
2 sudu besar bawang goreng Adabi
1 tangkai cili merah – hiris
1 ketul stok ayam Adabi
Garam Adabi

CARA PENYEDIAAN

  1. Ketupat Adabi direbus sehingga lembut. Kemudian kisar halus.
  2. Masukkan ketulan ayam, halia muda, bawang besar dan santan. Kacau perlahan-lahan sehingga mendidih.
  3. Masukkan garam dan sebatikan rasa.
  4. Taburkan hirisan daun ketumbar, daun sup, cili dan bawang goreng. Sedia dihidangkan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dari Muzium ke Kopi Durian, KLDEX Tarikan Terbaharu Wajib Singgah di KL!

INDUSTRI agropelancongan dan gaya hidup tempatan bakal melakar sejarah baharu dengan pembukaan rasmi Kuala Lumpur Durian Experience Centre (KLDEX)...

More Articles Like This