Mayat dengan kesan tusukan di muka, leher ditemukan di Miri

Dari Penulis

MAYAT seorang lelaki dengan kesan tusukan di bahagian muka dan leher ditemukan di sebuah bangunan di Taman Tunku, Miri, semalam.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata laporan penemuan mayat yang belum dikenal pasti identitinya itu telah diterima pada 9.30 pagi semalam daripada orang awam.

“Berdasarkan maklumat yang diterima, seorang lelaki telah ditemukan dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri di hadapan sebuah bangunan.

“Sejurus menerima laporan itu, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah bergegas ke lokasi dan mangsa disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Alexson berkata susulan daripada siasatan yang dijalankan, polis menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menurutnya mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai insiden itu diminta tampil ke Balai Polis berdekatan bagi membantu siasatan atau menghubungi ASP Dorairajah di talian 085-433730. -BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This