Fasha Sandha tak kisah adegan ranjang bersama Afieq Shazwan tular, anggap setiap babak ada mesej tersendiri

Dari Penulis

PELAKON Fasha Sandha yang sebelum ini mendapat pelbagai respon susulan babak panas menerusi Rampas Cintaku musim pertama, akui tidak kisah andai adegan ranjang bersama Afieq Shazwan untuk musim kedua tersebut tular.

Ujar Fasha atau nama penuhnya Nur Fasha Sandha Hassan, 40, percaya setiap pelakon mempunyai tanggungjawab untuk menyampaikan masej yang ada dari setiap babak selain menganggap ia juga sebagai satu cara pemasaran.

“Kalau babak itu viral, saya anggap itu satu promosi untuk drama sahaja. Sebab pada saya sekarang ini ada kuasa viral dan saya hanya menjalankan tugas sebagai seorang pelakon dan sampaikan mesej yang terkandung dalam skrip.

“Saya tak boleh nak halang kalau mereka lebih tertarik dengan babak itu sedangkan banyak lagi babak lain yang lebih menarik dalam drama ini.

“Banyak pengajaran yang boleh diambil dari drama ini, jadi kita jangan pandang satu sisi je, kita kena pandang sisi lain juga.

“Tapi kalau mereka tak boleh terima, terpulang kepada mereka sebab masing-masing ada hak untuk menilai,” ujarnya ketika ditemui URTV di sidang media drama Rampas Cintaku 2 di Kuala Lumpur,b aru-baru ini.

Dalam pada itu, Fasha turut berkongsi penerbit ada meletakkan syarat kepadanya untuk menguruskan badannya bagi membawa watak Datin Safieya.

“Pada sidang media terdahulu, kami tak tahu lagi drama ini akan hit dan cecah jumlah tontonan sebanyak 100 juta.

“Tapi masa itu penerbit, Datin Jane ada cakap kalau drama ini hit dan ada musim kedua, saya kena kuruskan badan saya.

“Dia letakkan satu syarat dalam kontrak iaitu saya kena kurus.

“Pada mulanya saya macam terasa seperti kena ‘body shamming’. Rasa macam adakah badan saya yang berisi ini tak cantik tapi saya ambil itu sebagai satu cabaran untuk tampil lebih baik, sihat dan cantik, jelasnya.

Fasha bagaimanpun turut bersyukur dengan pihak produksi di Malaysia yang sentiasa memberinya peluang untuk membawakan watak tanpa melihat kepada saiz tubuhnya.

“Tapi, Alhamdulillah, saya berisi atau macam mana saiz saya pun saya masih diberi peluang oleh penerbit dan pengarah di Malaysia ini.

“Saya bersyukur, mereka tak kisah jika saya tengah ‘chubby’ comel pun, mereka tetap panggil saya,” katanya.

Drama Rampas Cintaku 2 akan mula disiarkan di platform penstriman Iqiyi Malaysia bermula 19 Januari ini.

Selain Fasha dan Afieq, drama arahan Ejump Mohd itu turut dibintangi pelakon seperti Erra Fazira, Zamarul Hisham, Keith Foo, Puteri Balqis dan ramai lagi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Demi masa depan, Kim K ketepikan ego, sanggup beratur panjang uji bakat Suria Records

SEMANGAT kental peserta program realiti Talk To My Manager musim kedua, Kim K dalam mengejar impian sebagai anak seni...

More Articles Like This