Motif serangan molotov cocktail rumah Koo Ham masih disiasat

Dari Penulis

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) masih menjalankan siasatan berhubung motif di sebalik serangan molotov cocktail ke atas rumah Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham, Rabu minggu lalu.

Perkara tersebut dimaklumkan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri seperti dilaporkan Malaysiakini, hari ini.

Menurut Mohd Yusri, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes tersebut susulan penahanan seorang suspek, Jumaat lalu.

Jelas beliau, suspek yang ditahan di Shah Alam, Selangor itu akan direman sehingga esok untuk disiasat.

Ketika ditanya sama ada perintah reman suspek akan disambung atau tidak, Mohd Yusri memberitahu supaya menunggu keputusannya esok.

Sabtu lalu, Mohd Yusri mengesahkan suspek berusia lingkungan 30-an itu bukan ahli politik dan tidak mewakili mana-mana parti di Perak.

Baca artikel lain: Suspek bakar rumah Koo Ham disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan

Malah, kata beliau, lelaki tersebut adalah orang luar dan tidak menetap di Manjung.

Suspek itu telah ditahan polis sekitar jam 4 pagi di Shah Alam, Selangor pada Jumaat dan direman sehingga Selasa ini bagi membantu siasatan.

Polis sebelum ini tidak menolak kemungkinan kebakaran berlaku akibat perbuatan khianat susulan penemuan bahan letupan dipercayai ‘molotov cocktail’ yang menjadi punca kebakaran berlaku.

Dalam kejadian sekitar jam 3 pagi itu, pemimpin DAP tersebut bersama ahli keluarganya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kebakaran melibatkan kemusnahan sebuah kereta Mercedes Benz E300 dan kesan kepanasan kepada dua kenderaan lain iaitu jenis Honda CRV dan Toyota Hilux.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This