Khianat rumah Koo Ham: Reman suspek dilanjut sehari lagi

Dari Penulis

TEMPOH reman terhadap suspek yang disyaki melakukan khianat terhadap kediaman Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham, 10 Januari lalu disambung sehari lagi.

Memetik laporan BH Online, tempoh reman dilanjut sehingga esok itu telah dibenarkan Majistret Nurul Izalina Rajaai, hari ini.

Sebelum itu, suspek yang memakai baju lokap berwarna jingga tiba di Mahkamah Majistret Seri Manjung, Perak kira-kira pukul 8.40 pagi tadi.

Suspek yang dibawa menaiki trak polis itu kemudian keluar 40 minit kemudian.

Lelaki berusia lingkungan 30-an yang ditahan polis sekitar pukul 4 pagi di Shah Alam, Selangor pada 12 Januari lalu disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Baca artikel lain: Motif serangan molotov cocktail rumah Koo Ham masih disiasat

Semalam, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri dilapor berkata pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung motif di sebalik kejadian khianat dengan melempar molotov cocktail ke atas rumah Koo Ham.

Polis sebelum ini tidak menolak kemungkinan kebakaran berlaku akibat perbuatan khianat susulan penemuan bahan letupan dipercayai ‘molotov cocktail’ yang menjadi punca kebakaran berlaku.

Dalam kejadian sekitar jam 3 pagi itu, pemimpin DAP tersebut bersama ahli keluarganya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kebakaran melibatkan kemusnahan sebuah kereta Mercedes Benz E300 dan kesan kepanasan kepada dua kenderaan lain iaitu jenis Honda CRV dan Toyota Hilux.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This