SEORANG penagih dadah ditahan di sebuah stesen minyak dekat Jalan Masai Lama, Johor Bahru selepas melarikan diri daripada pemeriksaan polis menggunakan Proton Waja pada pukul 1.30 pagi semalam.
Video penuh klik link di bawah
https://t.me/infoutusantv/3151
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner M.S Balveer Singh berkata, pihaknya yang sedang melakukan tugas ronda cegah jenayah telah melihat sebuah Proton Waja dalam keadaan mencurigakan di Jalan Besar Skudai menghala ke Tampoi.
Beliau berkata, pihaknya telah mengarahkan pemandu Waja untuk memberhentikan kenderaan untuk pemeriksaan namun suspek bertindak memecut laju.
“Dalam cubaan melarikan diri, suspek telah melanggar kereta peronda polis.
“Bagaimanapun, polis berjaya memintas kenderaan suspek di kawasan stesen minyak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, suspek merupakan seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun dan pemeriksaan di dalam kenderaan telah menemui sebilah parang panjang.
Semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek mempunyai beberapa rekod jenayah dan dadah.
“Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan direman selama empat hari sehingga Rabu,” ujarnya.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan Letupan dan Senjata serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sebelum itu tular video berdurasi 19 saat di laman TikTok memaparkan aksi sekumpulan anggota polis peronda menahan suspek.
Menerusi rakaman tersebut dapat dilihat suspek bertindak agresif dengan melanggar kereta peronda polis.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

