SERAMAI sembilan warga asing yang dipercayai bekerja tanpa permit yang sah dan tinggal lebih masa di negara ini telah ditahan dalam serbuan di Iskandar Puteri, Johor, semalam.
Pengarah Imigresen Johor, Baharuddin Tahir dalam kenyataan memaklumkan, kesemua sembilan warga asing itu ditahan menerusi serbuan Ops Hijau di sebuah tapak semaian sekitar pukul 10.40 pagi semalam.
Menurut beliau, serbuan itu telah dilakukan sepasukan pegawai daripada Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Johor.
Baharuddin berkata, kesemua yang ditahan adalah enam orang lelaki dan seorang wanita warga Indonesia serta dua lagi lelaki warga Myanmar.
“Tindakan diambil susulan aduan awam yang diterima menyatakan terdapat beberapa warganegara asing bekerja tanpa pas atau permit yang sah.
“Dalam operasi itu, seramai 26 orang warga asing telah diperiksa dan sembilan daripada mereka telah ditahan.
“Mereka yang ditahan berusia antara 28 hingga 48 tahun,” katanya dalam kenyataan itu.
Baca artikel lain: Dua bekas penguat kuasa PBT ditahan meminta rasuah RM18,000
Mengulas lanjut, Baharuddin berkata, kesemua yang ditahan itu dipercayai telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 (Akta 155) kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah.
Pada masa sama, mereka juga ditahan kerana disyaki melanggar Seksyen 15(1)(c) Akta 155 kerana tinggal lebih masa.
Jelasnya, seorang warga tempatan juga telah diberikan notis untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan.
“Jabatan Imigresen Negeri Johor menyeru orang ramai untuk tampil menyalurkan maklumat berkaitan pendatang asing tanpa izin (PATI) di negeri ini.
“Tindakan tegas tanpa kompromi akan dikenakan terhadap PATI yang melanggar undang-undang serta majikan dan pemilik premis yang menggajikan pekerja asing tanpa dokumen perjalanan serta permit kerja yang sah.
“Operasi penguatkuasaan akan giat dijalankan di negeri ini bagi membanteras isu kebanjiran PATI yang dilihat semakin galak menguasai sesuatu kawasan,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

