Jelajah MADANI Selangor pada 23 hingga 25 Februari ini

Dari Penulis

SIRI Jelajah MADANI peringkat negeri Selangor akan dilaksanakan selama tiga hari pada 23 hingga 25 Feb di Stadium Kuala Selangor.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata program itu akan menjadi platform hebahan berhubung inisiatif membantu dan meringankan beban rakyat yang dilaksanakan oleh kerajaan Pusat dan kerajaan negeri.

“Sebahagian yang dipamerkan adalah (inisiatif kerajaan Pusat) dan program negeri yang (rakyat) boleh dapat manfaat sebab mungkin ada lagi rakyat tidak berapa tahu dan faham tentang rancangan Kerajaan Selangor.

“Insya-Allah dijangka Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) akan turun pada hari terakhir untuk acara penutup,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Graduasi Sekolah Digital Selangor, hari ini.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil sebelum ini dilaporkan berkata Selangor akan menjadi negeri pertama sebagai hos bagi siri Jelajah MADANI peringkat negeri.

Baca artikel lain: Tindakan pantas pihak berkuasa elak LRA Linggi tercemar – Aminuddin

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata Perdana Menteri dalam mesyuarat Kabinet pada 3 Jan lalu, bersetuju untuk melakukan Jelajah MADANI bagi peringkat negeri, selepas kejayaan penganjuran Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di pekarangan Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Disember lepas.

Pada 10 Dis 2023, Fahmi dilaporkan berkata penganjuran Jelajah MADANI akan diadakan di peringkat negeri dan mencadangkan semua kementerian untuk turut serta mempamerkan inisiatif serta pencapaian kerajaan yang khusus bagi negeri berkenaan.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan MADANI komited pastikan setiap kerajaan negeri terima sokongan yang diperlukan – Saifuddin

KERAJAAN MADANI kekal komited memastikan setiap kerajaan negeri menerima sokongan yang diperlukan berdasarkan keperluan pembangunan serta kesejahteraan rakyat. Menteri Dalam...

More Articles Like This