Kenaikan tarif air logik demi jamin kualiti perkhidmatan terbaik- Pemerhati ekonomi

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PELARASAN tarif air bagi Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan yang berkuat kuasa pada 1 Februari ini disifatkan sebagai logik serta bersesuaian dengan situasi semasa.

Pengarah Program MBA Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, tarif air sudah lama tidak dinaikkan namun kos untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik semakin meningkat.

Beliau bimbang, sekiranya pelarasan tidak dilakukan, mutu atau kualiti perkhidmatan air untuk rakyat bakal terjejas sekali gus menimbulkan masalah baharu kepada semua pihak.

Selain itu, katanya lagi, jika mahu dibandingkan kadar kenaikan dengan negara lain ianya jauh berbeza dan tak salah sekiranya dikatakan kenaikan ini lebih murah.

“Kalau kita lihat situasinya tarif sudah lama tidak dinaikkan, jadi kalau ikut logik pun rakyat kena faham. Setiap tahun barang meningkat maka kos selenggara, pembaikan, gaji pekerja memang sentiasa meningkat.

“Kita tak boleh nak salahkan sesiapa, salahkan diri sendiri kalau kita tak mahu bayar lebih tapi masih lagi mengharapkan perkhidmatan yang lebih baik daripada sebelum ini,” katanya ketika dihubungi UtusanTV, hari ini.

Semalam, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) memaklumkan, tarif air baharu akan dilaksanakan terhadap pengguna domestik di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan mulai 1 Februari depan membabitkan kenaikan purata sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu.

Baca artikel lain: Kerajaan ada pilihan lain, jangan letak beban kenaikan tarif air terhadap rakyat – Isham Jalil

SPAN berkata, pelarasan tarif air itu dilaksanakan mengikut Mekanisme Penetapan Tarif (TSM) bagi pengguna kategori domestik.

Menurutnya, di bawah TSM struktur dan komponen tarif akan diseragamkan untuk negeri-negeri di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan manakala tarif air akan dikaji semula setiap tiga tahun untuk memastikan keselarasan dalam penentuan bayaran.

Pada masa sama, Prof Ahmed Razman mencadangkan kerajaan memasukkan inisiatif pemberi subsidi atau bantuan secara bersasar di dalam Sistem Pengkalan Data Utama (PADU) bagi mereka yang terjejas dengan pelarasan ini.

Beliau juga menegaskan, rakyat perlu berhemah dalam menggunakan air dan jangan merungut sekiranya dicaj lebih kerana ia bersesuaian dengan apa yang digunakan.

“Tarif dinaikkan tetapi konsep subsidi bersasar memandangkan PADU sekarang sedang mengambil maklumat isi rumah, maka air ini patut dimasukkan salah satu perkhidmatan yang boleh diberi sama ada subsidi atau bantuan.

“Kita tengok tarif elektrik pun ada yang masih dapat subsidi, ada yang masih bayar, sama juga macam air. Di situ saya lihat ada yang tak mampu maka bantuan melalui PADU dapat menyelesaikan isu,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hakim tak sihat, keputusan kes Syed Saddiq ditangguh 13 Julai

KEPUTUSAN rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung empat pertuduhan kes pecah...

More Articles Like This