Warga emas maut selepas basikal bergesel dengan treler kerana titik buta

Dari Penulis

SEORANG penunggang basikal warga emas maut selepas bergesel dengan sebuah treler di Kilometer 68 Jalan Tapah-Kuala lumpur, Bidor pada pukul 9 pagi, hari Selasa.

Video penuh klik link di bawah

https://t.me/infoutusantv/3250

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Mohd Naim Asnawi berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu treler dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh.

Beliau berkata, pemandu lori telah bergesel dengan penunggang basikal yang ketika itu berada di kawasan titik buta.

“Akibat kemalangan, mangsa seorang lelaki Cina berusia 82 tahun telah mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, bedah siasat ke atas mangsa telah dijalankan dan sebab kematian adalah politrauma pada kemalangan melibatkan kenderaan atau ‘polytrauma secondary to motor vehicle accident’.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor P. Prathiparaj di talian 014-6178095.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This