KEPUTUSAN permohonan representasi Datuk Seri Najib Razak kepada Jabatan Peguam Negara untuk semakan semula pertuduhan pengubahan wang haram bernilai RM27 juta akan dibuat pada hari ini.
Berita Harian melaporkan, surat representasi itu diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara lebih lima bulan lalu iaitu pada Ogos tahun lalu.
Sepanjang tempoh menunggu keputusan mengenainya, Hakim Mahkamah Tinggi, K Muniandy terpaksa menangguhkan perbicaraan beberapa kali.
Semasa prosiding terakhir pada 1 Disember lalu, Muniandy mengarahkan Jabatan Peguam Negara memberi keputusan dalam perbicaraan hari ini.
Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tidak gembira dengan situasi itu apabila meminta mahkamah membenarkan anak guamnya dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA).
Baca artikel lain: Bom Bali: 2 tahanan Malaysia di Guantanamo setuju dipenjara 20-25 tahun bawah perjanjian prabicara
Dalam hujahnya, beliau berkata, pertuduhan terhadap Najib ‘tergantung’ selama lima setengah tahun dan disebut beberapa kali.
Pada 3 Februari 2019, Najib mendakwa dibicarkan atas tiga lagi pertuduhan berkait pengubahan wang haram dengan menerima hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM27 juta melalui tiga akaun perbankan Amprivate miliknya.
Beliau didakwa melakukan semua kesalahan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Kumpulan AmBank, No.55, Jalan Raja Chulan pada 8 Julai 2014, di bawah Seksyen 4 (1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.
Bekas Ahli Parlimen Pekan itu berdepan denda maksimum RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-dua jika sabit kesalahan.
Najib kini menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos 2022, mengekalkan sabitan dan hukuman penjara serta denda RM210 juta terhadapnya, selepas bersalah menyalahguna dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

