AGC telah fail rayuan kekhilafan alasan penghakiman, tak terkait isu 40 peratus hasil Sabah

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

JABATAN Peguam Negara (AGC) telah pun memfailkan notis rayuan terhadap sebahagian keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu khususnya berkaitan beberapa kekhilafan dalam alasan penghakiman oleh hakim.

Ia berhubung keputusan kes melibatkan pemberian khas Sabah berdasarkan kadar 40 peratus hasil.

AGC dalam kenyataan memaklumkan, notis rayuan itu telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, semalam.

Jabatan itu turut sekali lagi menegaskan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak merayu berhubung isu pemberian khas kadar 40 peratus itu.

Pada masa sama, katanya, rundingan akan terus dimulakan bersama Kerajaan Negeri Sabah sesegera mungkin.

“AGC telah memfailkan notis rayuan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 13 November 2025 terhadap sebahagian daripada keputusan mahkamah tinggi tersebut, khususnya berkaitan beberapa kekhilafan dalam alasan penghakiman oleh hakim.

“Alasan penghakiman berkenaan antara lain mendakwa bahawa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah telah menyalahgunakan kuasa serta melanggar kewajiban Perlembagaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa rayuan yang akan dibuat Kerajaan Persekutuan hanya melibatkan kecacatan dalam alasan penghakiman mahkamah, bukannya isu hak tuntutan 40 peratus hasil bersih diperoleh dari Sabah.

Baca artikel lain: Pandangan Kerajaan Persekutuan abaikan Sabah tak tepat, terima peruntukan tertinggi – PM

Anwar ketika sesi pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat memaklumkan, rayuan yang akan dilaksanakan itu melibatkan alasan penghakiman bahawa kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah sejak 1974 bertindak secara tidak berperlembagaan.

Anwar berkata, alasan penghakiman itu mendakwa kajian semula pemberian khas yang dibuat selepas 2021 menyalahi undang-undang dan tak rasional dan malah serta mengaitkan kesilapan besar dibuat kerajaan sejak 1974.

Pada 17 Oktober lalu, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memutuskan Kerajaan Persekutuan mempunyai kewajipan untuk mengadakan semakan dan membayar semula Hak Tuntutan 40 peratus hasil bersih yang diperoleh dari Sabah.

Perkara itu mengikut Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.

Penghakiman berkenaan dibuat ketika mahkamah membenarkan permohonan Semakan Kehakiman yang difailkan oleh Sabah Law Society (SLS).

Hakim bersidang, Datuk Celestina Stuel Galid, mengarahkan Kerajaan Persekutuan membuat semakan kadar pemberian khas tersebut dalam tempoh 90 hari dan mencapai persetujuan pembayaran dalam tempoh 180 hari dari tarikh perintah dikeluarkan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Surat bahasa Cina MBIP berlaku era PH, bukan pentadbiran sekarang – Exco

KERAJAAN Johor menegaskan isu surat rasmi Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang menggunakan Bahasa Cina dan kembali tular di...

More Articles Like This