Bas ekspres terbakar, 17 penumpang dan 2 pemandu terselamat

Dari Penulis

SEBANYAK 17 penumpang dan dua pemandu berdepan detik cemas apabila bas ekspres dua tingkat yang dinaiki mereka terbakar di KM 375.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat Tanjung Malim awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sayani Saidon berkata Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River menerima panggilan pada 5.19 pagi dan sampai di lokasi kejadian kira-kira 20 minit kemudian dengan bantuan BBP Tanjung Malim.

Beliau berkata setibanya pihak bomba di lokasi kejadian, bas ekspres yang membawa 17 penumpang iaitu 14 lelaki dan tiga wanita itu musnah terbakar kira-kira 80 peratus.

Baca artikel lain: Golongan muda utamakan perkara lain berbanding beli rumah – Pakar

“Kesemua penumpang telah berjaya keluar dari bas terbabit sebelum kebakaran merebak. Kesemua penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sayani berkata operasi tamat sepenuhnya pada 7.23 pagi tadi.

Beliau difahamkan bas berkenaan dalam perjalanan membawa penumpang dari Mersing, Johor ke Kangar, Perlis.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This