Penamatan kontrak Tyzo disebabkan segmen Suria Petang menunjukkan penurunan

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENAMATAN kontrak penyampai radio Suria FM, Tyzo dibuat selepas melihat hasil keputusan ‘survey’ membabitkan jumlah pendengar.

Menurut Ahli Lembaga Pengarah Star Media Group dan Pengerusi Star Media Radio Group, Datuk Dr Mohd Aminuddin Mohd Rouse berkata, keputusan bersama itu turut dibuat setelah hasil perbincangan bersama Tyzo.

“Kontrak Tyzo tamat pada 9 Oktober tahun lalu. Dua bulan sebelum itu, kami berjumpa dengan Tyzo untuk memberitahu yang kami berminat untuk melanjutkan kontrak selama setahun.

“Kami bertanya jika dia terima atau tidak dan dia jawab ya (terima) tapi dia meletakkan syarat mahu enam bulan sahaja disebabkan ingin fokus kepada bisnes.

“Pada pandangan peribadi saya, mungkin dia sudah menang trofi Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-35 maka dia lebih laku di luar sana,” katanya kepada URTV.

Mohd Aminuddin berkata, pihaknya telahmemberikan tempoh seminggu untuk Tyzo membuat keputusan namun dia tetap mahu kontraknya disambung selama enam bulan.

“Ketika perbincangan disaksikan oleh DJ Lin, Jay Jay dan Jabatan Sumber Manusia, jadi kami bersetuju sambung kontrak enam bulan sehingga 9 Mac depan.

“Sebenarnya, saya tak kenal dengan rapat dengan Tyzo dan sama juga penyampai lain. Apa sahaja keputusan saya bukan berasaskan peribadi, tapi berpandukan bisnes.

“Tapi, selalunya sebelum buat keputusan, ada dua perkara yang saya tinjau iaitu jumlah pendengar dan kewangan.

“Bagaimanapun, menerusi survey radio menurun, baru-baru ini. Jadi, saya tanya adakah kemenangan Tyzo di ABPBH memberi kesan, adakah pendengar Suria Petang meningkat.

“Ia tiada peningkat, bahkan menurun. Oleh itu, saya berpendapat kita mesti memperbaharui Suria FM, membuat sesuatu yang akan meningkatkan jumlah pendengar stesen radio,” jelasnya.

Tambah Mohd Aminuddin lagi, gaji Tyzo tetap akan dibayar mengikut kontrak sehingga 9 Mac depan.

“Kontrak Tyzo akan tamat pada 9 Mac depan, selalunya sebelum dua bulan kontrak tamat kami akan beritahu.

“Tyzo tak cakap apa-apa. Jadi, saya kaji jumlah pendengar dan sebagainya. Saya buat kesimpulan Tyzo tidak berminat meneruskan kerjaya sebagai penyampai radio.

“Saya buat keputusan kontrak Tyzo tidak akan disambung. Ini adalah keputusan saya sebab ia adalah tanggungjawab saya.

“Saya beri arahan dan mereka hanya mengikut arahan saya,” ujarnya.

Sementara itu, Mohd Aminuddin berharap tidak ada pihak mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah yang boleh merosakkan reputasi Suria FM.

“Saya harap isu ini akan tamat dan tidak dibangkitkan lagi. Jika ada mana-mana pihak terus buat kenyataan berbaur fitnah terhadap Suria FM, kami berhak dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang,” jelasnya.

Pada sidang media hari ini, Suria FM turut mengumumkan tiga penyampai baharu iaitu Datuk Fizz Fairuz yang bakal menyertai segmen Morning Morning Suria, Chiwan Chilok (Suria Petang) dan Kai Hasan (Morning Morning Suria dan Carta Suria Top 40).

Ia adalah langkah strategi bagi memberikan lebih kepuasan kepada pendengar.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Memori Audionauts bukan penghalang, Ryzall Noh sasar pasaran Malaysia menerusi Natijah Cinta

SELEPAS melakar portfolio ampuh selaku vokalis kumpulan popular Singapura, Audionauts, penyanyi berpengalaman Ryzall Noh kini mengorak langkah lebih berani...

More Articles Like This