Periksa Harga Sebelum Order Makan. Ini Tipnya, Agar Tidak Rasa Tertipu

Rosmarlinda Kamarudin
Rosmarlinda Kamarudin
Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini. Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR. Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

Dari Penulis

Ini bukanlah kali pertama, sudah acapkali viral tentang harga makanan yang melambung naik di sekitar Langkawi sejak akhir-akhir ini. Terbaru seorang individu mendakwa, peniaga mengenakan harga tidak masuk akal untuk sepinggan nasi putih dan ayam goreng kunyit dijual pada harga RM23 di sebuah restoran di Pantai Chenang.

Tidak dinafikan harga barangan semakin meningkat antara salah satu faktor peniaga menaikkan harga jualan. Namun peniaga tidak boleh, sewenang-wenangnya menaikkan harga sesuka hati.

Dalam situasi ini, kita perlu lebih bijak memilih dan menilai, merancang serta berbelanja mengikut kemampuan dengan bajet yang sedia ada. Ini bukan masanya, untuk menunding jari siapa yang betul dan siapa yang bersalah. Seharusnya kita sedar, akan keperluan dan kehendak.

Makanya perkara sebegini tidak seharusnya berulang di masa akan datang sekiranya kita lebih peka. Ikuti tip ini, semoga ianya membantu dan percutian kita akan lebih bermakna.

  1. Carian Restoran di Google
    Pilih restoran atau kedai makan, menerusi google yang berdekatan lokasi percutian. Kalau nak tahu restoran itu, best atau tidak baca rating yang diberikan oleh pelanggan. Jika rating melebihi 3 bintang, bermakna restoran itu memang sedap dan best!
  2. Minta Rekomen Penduduk Tempatan
    Ringankan mulut, bertanyakan dari penduduk tempatan tempat makan yang sedap dengan harga yang berpatutan. Lebih selamat!
  3. Berbelanja Mengikut Kemampuan
    Sebaiknya peruntukkan bajet makan dan minum dalam setiap percutian. Persediaan bajet ini, untuk memastikan wang dibelanjakan secara berhemah dan tidak berlebihan.
  4. Periksa Harga Makanan
    Ini sangat penting! Lihat senarai harga menu sebelum order! Ia untuk mengetahui harga sebenar makanan yang dipesan. Makanya tidak akan berlaku harga yang tidak munasabah dan mengelirukan pelanggan.
  5. Kebersihan dan Kualiti
    Pastikan restoran yang dikunjungi bersih dan menjaga kualiti makanan. Jika bahan mentahnya segar, sudah pasti masakannya juga enak.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dari Muzium ke Kopi Durian, KLDEX Tarikan Terbaharu Wajib Singgah di KL!

INDUSTRI agropelancongan dan gaya hidup tempatan bakal melakar sejarah baharu dengan pembukaan rasmi Kuala Lumpur Durian Experience Centre (KLDEX)...

More Articles Like This